KUALA LUMPUR: Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang berikutan kenaikan harga komoditi global, gangguan rantaian bekalan domestik serta penyusutan ringgit.
MIDF Amanah Investment Bank Bhd menerusi cabang penyelidikannya, MIDF Research berkata sebagai negara pengimport bersih makanan, Malaysia amat terdedah kepada sebarang kejutan global yang berkaitan dengan rantaian bekalan.
"Inflasi makanan global kekal tinggi terutamanya harga jagung, bijirin dan sayur-sayuran.
"Bagaimanapun, kami berpendapat tekanan inflasi secara keseluruhannya akan kekal stabil berikutan inflasi bahan api yang berada dalam aliran penurunan," katanya dalam satu nota ekonomi hari ini.
Menurut bank pelaburan itu, penyusutan inflasi bahan api tersebut akan menampung kenaikan inflasi makanan dengan mengandaikan kerajaan mengekalkan had harga semasa minyak RON95 dan diesel.
"Namun, jika purata inflasi makanan melonjak kepada 10.0 peratus, purata inflasi keseluruhan akan berada pada 4.6 peratus," katanya.
Menurutnya, dalam senario buruk, purata inflasi keseluruhan diunjurkan pada 8.9 peratus sekiranya kerajaan memilih untuk mengapungkan harga bahan api manakala purata inflasi makanan pada 10.0 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022
Sebagai negara pengimport bersih makanan, Malaysia amat terdedah kepada sebarang kejutan global yang berkaitan dengan rantaian bekalan.- Gambar hiasan/BERNAMA
Kes tembakan Pasir Mas: Mangsa dan suspek saling mengenali - Polis
Polis mendedahkan bahawa mangsa dan suspek kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Kampung Gelang Mas, Pasir Mas, semalam, saling mengenali.
Bekas pelumba Forca Amskins juara edisi ketiga L'Etape Malaysia
Bekas pelumba basikal Forca Amskins Racing Mohamed Hafiz Abdul Hamid menjuarai kategori Elit lelaki edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia 2024 hari ini.
MAIWP peruntuk RM30.6 juta untuk skim BKB di Labuan
MAIWP Labuan telah memperuntukkan RM30.6 juta untuk Skim Bantuan Kewangan Bulanan (BKB) yang memberi manfaat kepada 5,406 ketua keluarga.
Fokus Minggu Depan: PRK KKB, sentimen semasa pengundi…
Ikuti kupasan Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin, dan wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai tinjauan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang yang dibuka untuk kemudahan mangsa banjir di persekitarannya semalam telah ditutup pada pukul 2.30 petang tadi.
Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid
Terdapat kecederaan dilihat di bahagian muka, kepala dan bahagian belakang pemain tersebut.
Polis tahan dua lelaki, sita kenderaan papar gambar Agong pada kempen PRK KKB
Kedua-dua lelaki itu ditahan di sekitar Ulu Yam Lama, selepas polis menerima laporan mengenainya pada pukul 6.18 petang semalam.
Syarikat pengeluar minyak wangi, Yaya Empire bertaraf global
Syarikat pengeluar perfume, Yaya Empire antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas meneroka pasaran luar Malaysia.
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
PN belum tentukan lagi jumlah kerusi akan ditandingi pada PRN Sabah nanti
Muhyiddin berkata PN dan Bersatu akan sertai PRN Sabah ke-17, namun soal bilangan kerusi bakal ditandingi belum lagi dibuat.
Inflasi makanan boleh dedahkan kanak-kanak kepada obesiti
Melihat kumpulan B40 sebagai paling terkesan, peningkatan harga makanan mungkin mendorong keluarga berjimat cermat dan mengorbankan kualiti.
Harga siling baharu ayam, telur bantu kekang kenaikan ketara inflasi makanan - MIDF Research
Inflasi makanan tersebut telah mencecah paras tinggi untuk beberapa tahun berdasarkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Mei 2022.
Penetapan harga siling ayam elak tekanan lebih besar kepada inflasi makanan
Menurut firma itu, inflasi makanan ketika ini sudah pun mencecah paras tertinggi berdasarkan data IHP pada Mei 2022.
Kesan inflasi makanan yang tinggi gusarkan usahawan PMKS
Kesan inflasi makanan yang tinggi ketika ini menggusarkan pemain Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang rata-ratanya terlibat dengan industri makanan dan pembuatan.
Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus pada Mei 2022, tertinggi sejak November 2011
Inflasi makanan terus meningkat ke paras baharu 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011, apabila 93 peratus item dalam kumpulan tersebut merekodkan kenaikan.
Inflasi makanan: Kerajaan laksana pelbagai strategi ringankan beban rakyat
Inflasi makanan adalah fenomena yang melanda seluruh dunia dan Malaysia turut tidak terkecuali merasai kesannya.
Diskaun tarif elektrik kepada pengeluar dan peruncit makanan di Sarawak
Sarawak akan melaksanakan beberapa pendekatan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat susulan inflasi makanan.
Harga makanan di kedai, restoran makin mahal! Apa pilihan anda?
Menurut DOSM, sate dan nasi berlauk mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi iaitu 7.1 peratus.
Inflasi April 2022 catat 2.3 peratus, inflasi makanan naik kepada 4.1 peratus
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan perkara tersebut dalam laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan April tahun ini.
Inflasi makanan Malaysia dijangka dalam aliran meningkat - MIDF
Inflasi makanan Malaysia dijangka kekal dalam aliran meningkat pada bulan-bulan akan datang.