awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ingat mati sahaja' - Warga emas cerita detik berdepan ular tedung selar

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2019
01:40 MYT
'Ingat mati sahaja' - Warga emas cerita detik berdepan ular tedung selar
Abdullah menceritakan detik cemas berdepan ular tedung selar. -Foto hiasan/Sinar Harian
“Waktu itu memang tak fikir benda lain, ingat mati sahaja."
Itu yang berada di benak fikiran seorang warga emas di sini apabila menyedari bajunya digigit ular tedung selar.
Dalam kejadian Khamis lalu, Abdullah Mamat, 72, berkata dia ketika itu sedang menebas di kebun getah miliknya di Kampung Chegar Bedil Dalam Reka sebelum tiba-tiba kemeja lengan panjang dipakai ditarik sesuatu di bahagian bawah sebelah kiri.
“Memang terkejut bila nampak ular berkenaan pada baju, pak cik kawal perasaan takut dan cuba rentap perlahan-lahan.
“Waktu itu memang tak fikir benda lain, ingat mati sahaja, dan pak cik mengucap berkali-kali (lafaz syahadah), tak tahu nak buat apa lagi, nak minta tolong pun memang tak ada orang di kawasan itu,” katanya.
Menurutnya, lebih menakutkan apabila ular berkenaan berdiri mengatasi ketinggiannya sehingga membentuk nombor lapan, lapor Sinar Harian.
Katanya, kira-kira tiga minit dia berdepan detik cemas itu sambil berdoa agar Allah menyelamatkan dirinya.
“Tak tahu apa lagi nak buat, pakcik cuba bercakap dengannya, pakcik minta dia pergi dan tak ganggu pakcik sebab pak cik tak pernah ganggu dia,” katanya.
Bapa tujuh anak itu berkata, dia bersyukur umurnya masih panjang walaupun berdepan saat paling menakutkan seumur hidupnya.
Topic Berkaitan
#Abdullah Mamat
#Kampung Chegar Bedil Dalam Reka
#ular tedung selar
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan