KUALA LUMPUR: Sejumlah 137 individu ditahan atas kesalahan langgar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam.

Daripada jumlah itu, kesalahan melibatkan aktiviti hiburan merekodkan kesalahan tertinggi.

Berikut antara perkara penting yang dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob: 

1. Ingkar SOP: 137 individu ditahan, 114 dikompaun, 10 direman, 13 dijamin.

2. Kesalahan tertinggi: Aktiviti pusat hiburan 71 kesalahan, diikuti rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (32).

3. Op Benteng: 4 PATI ditangkap, 3 bot/kapal dan 4 kenderaan darat dirampas.

4. 1,158 warga asing jalani saringan COVID-19, 5 didapati positif.

5. PKPD di Kampung Juara, Pulau Tioman dilanjutkan sehingga 20 April.