Seramai 86 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri, daripada jumlah itu, seramai 77 individu dikompaun manakala sembilan lagi direman atas pelbagai kesalahan.
"Semalam (20 Ogos 2020), PDRM telah menahan 86 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai 77 individu telah dikompaun manakala 9 individu pula direman.
"Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 56,760 pemeriksaan semalam (20 Ogos 2020) bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.
Beliau berkata, sebanyak 2,484 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 11,435 anggota itu telah membuat pemantauan di 3,809 pasar raya, 5,054 restoran serta 1,340 penjaja, 1,209 kilang, 3,742 bank dan 674 pejabat kerajaan.
Turut dipantau, sebanyak 1,110 terminal pengangkutan darat, 203 terminal pengangkutan air serta 98 terminal pengangkutan udara.
Manakala bagi memastikan sempadan negara terus terjaga daripada diceroboh oleh Pendatang Tanpa Izin (PATI), jelas Ismail sebanyak 63 sekatan jalan raya telah dilakukan semalam.
"PDRM telah mengadakan 63 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 32,279 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus dan pihak PDRM telah berjaya menahan 2 individu warga asing atas kesalahan imigresen," jelas Menteri Kanan Pertahanan itu lagi.
Tegas Ismail Sabri, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.
Fareez Azman
Fri Aug 21 2020
PDRM telah menahan 86 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP, kata Ismail Sabri. - Gambar fail BERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
MCMC, ATM jalin kerjasama tambah baik liputan jalur lebar 73 kem
MCMC dan ATM jalin kerjasama strategik bagi menambah baik liputan jalur lebar menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik di 73 kem tentera seluruh negara.
Penduduk Perlis diingatkan bersiap sedia, air pasang besar cecah 3.7 meter dijangka berlaku
Penduduk di Perlis terutama bagi kawasan Kangar dan Arau diingatkan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir besar.