awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingkar SOP PKP, 495 individu ditahan - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2021
11:00 MYT
Ingkar SOP PKP, 495 individu ditahan - Ismail Sabri
Antara kesalahan tertinggi ialah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis iaitu 143 kes, tidak memakai pelitup muka (126) dan tidak patuh arahan kawalan pergerakan (84). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 495 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, seramai 468 individu dikompaun manakala 27 lagi direman.
"Antara kesalahan tertinggi ialah gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis iaitu 143 kes, tidak memakai pelitup muka (126) dan tidak patuh arahan kawalan pergerakan (84).
Lain-lain kesalahan seperti tiada penjarakan fizikal merekodkan 47 kes, aktiviti pusat hiburan (15), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (8) dan lain-lain kesalahan (72).
Mengulas berkenaan Op Benteng, Ismail Sabri berkata 29 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap sementara lapan buah kenderaan darat dirampas.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan seramai 576 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa semalam dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
Berkenaan saringan wajib pekerja warga asing, Ismail Sabri berkata seramai 160 warga asing telah menjalani ujian saringan semalam dan empat individu dikesan positif COVID-19.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#SOP
#perintah kawalan pergerakan
#ujian saringan
#rentas negeri
#COVID-19
#warga asing
#hiburan
#pelitup muka
#pati
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan