awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini bukti kerajaan komited untuk perangi rasuah - Latheefa Koya

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2019
11:21 MYT
Ini bukti kerajaan komited untuk perangi rasuah - Latheefa Koya
SPRM Sambut baik peruntukan kerajaan dalam Belanjawan 2020 - Astro AWANI/Shahir Omar
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya menyambut baik pengumuman penambahan kakitangan suruhanjaya itu dalam Belanjawan 2020.
Katanya menerusi kenyataan media pada Jumaat, penambahan 100 kakitangan pada 2020 adalah manifestasi jelas dalam komitmen memerangi rasuah.
"Seterusnya peruntukan RM10 juta bagi ujian penilaian risiko terhadap semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan akan memperkasakan lagi fokus kepada bahagian pencegahan SPRM dalam membasmi penyakit rasuah. SPRM menghargai tindakan kerajaan," katanya.
Dalam pembentangan Belanjawan 2020, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut mengumumkan untuk melaksanakan pembaharuan melalui penggubalan undang-undang dan penubuhan institusi seperti Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi meningkatkan keyakinan orang awam terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ombudsman Malaysia bagi menggantikan Biro Pengaduan Awam untuk meningkatkan tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
Topic Berkaitan
#Bajet 2020
#Belanjawan 2020
#Latheefa Koya
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan