HANGZHOU: Pelari pecut sensasi Malaysia Muhammad Azeem Mohd Fahmi mempamerkan larian hebat untuk meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter lelaki di Stadium Olimpik Hangzhou, di sini malam tadi.
Pencapaian Muhammad Azeem memenangi pingat sulungnya di peringkat antarabangsa juga menoktahkan penantian lebih empat dekad negara untuk penyudah podium dalam acara utama atau reben biru sejak Datuk Rabuan Pit memperoleh emas dalam edisi 1982 di New Delhi, India.
Pelari berusia 19 tahun itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11 saat (s), hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya, iaitu 10.09s yang dicipta semasa Kejohanan Olahraga Dunia Bawah-20 di Cali, Colombia.
Atlet China Xie Zhenye menyamai rekod peribadi terbaiknya iaitu 9.97s untuk memperoleh emas sementara wakil Thailand Puripol Boonson juga melakukanya dengan baik dengan masa 10.02s untuk perak selepas rakan senegara Soraoat Dapbang terdahulu tersingkir kerana mula palsu.
"Sejujurnya, saya tidak menjangka akan berada di atas podium malam ini kerana saya tahu ia akan menjadi perlumbaan yang sengit. Semua finalis lari bawah catatan masa 10.20s, ini sebenarnya satu daripada perlumbaan terpantas di Sukan Asia kerana setiap orang layak ke final dengan rekod musim dan peribadi terbaik mereka.
"Pingat malam ini sangat bermakna bagi saya, walaupun ia gangsa... ini adalah hadiah kepada ibu bapa saya (Mohd Fahmi Tajuid and Norazah Ibrahim), di mana saya berjanji akan cuba sehabis baik untuk sampaikan pingat kepada mereka kerana ini pertandingan terakhir saya bagi tahun ini.
"Alhamdulillah, saya dapat kotakan janji saya. Ini adalah penutup terbaik musim ini," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan itu.
Selepas mengecapi kejayaan sulungnya malam tadi, Muhammad Azeem yang bertanding di temasya sukan benua ini buat julung kalinya akan bertanding dalam acara lari berganti-ganti 4x100m Selasa ini.
Muhammad Azeem mara ke final 100m lelaki selepas mencatat masa 10.17s dalam separuh akhir pertama di belakang Lalu Muhammad Zohri dari Indonesia yang mencatat 10.12s.
Sementara itu, bekas pemegang rekod kebangsaan 100m dan Juara Sukan SEA 2017, Khairul Hafiz Jantan terlepas peluang ke final selepas menamatkan separuh akhir kedua di tempat terakhir dengan masa 10.63s.
Pelari pecut terakhir Malaysia yang layak ke final 100m Sukan Asia ialah Watson Nyambek 25 tahun lepas, yang menduduki tempat keempat dengan masa 10.32s dalam edisi 1998 di Bangkok, Thailand.
Terdahulu, ratu trek negara Shereen Samson Vallabouy mengakhiri kemarau pingat Malaysia dalam olahraga selama 17 tahun dengan menyumbang gangsa dalam acara 400m wanita.
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat dalam Sukan Asia ialah pada edisi 2006 di Doha, Qatar menerusi Roslinda Samsu yang menyumbang perak dalam acara lompat bergalah dan gangsa diperoleh Noraseela Mohd Khalid dalam 400m lari berpagar wanita.
Dalam perkembangan lain, Jackie Wong menduduki tempat ke-11 daripada 13 peserta dalam baling tukul besi lelaki dengan balingan sejauh 62.79m berbanding rekod kebangsaan diciptanya pada jarak 68.22m.
Atlet lompat jauh negara Andre Anura Anuar gagal ke final selepas hanya menduduki tempat ke-19 keseluruhan daripada 20 peserta dalam separuh akhir dengan lompatan 6.71m, tidak sebaik rekod kabangsaan beliau pada 8.02m.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023
Pencapaian Azeem ini juga menoktahkan penantian lebih empat dekad negara untuk penyudah podium dalam acara utama sejak Rabuan Pit memperoleh emas dalam edisi 1982 di New Delhi. - Facebook Olympic Council of Malaysia
Astro Kem Badminton mampu jadi nadi, platform bina bakat berkesan
Astro Kem Badminton mampu menjadi antara nadi utama sukan berkenaan dalam mewujudkan impak sosial positif dan pembinaan bakat yang berkesan.
Jawatan Pengerusi SPR: Perlu ada kaedah pelantikan lebih telus - Azmi Sharom
Timbalan Pengerusi SPR itu berkata, untuk memastikan perubahan tersebut berlaku, ia memerlukan komitmen serius daripada kerajaan yang benar-benar mahu melihat reformasi berkenaan.
Pemulihan luar biasa, Faisal Halim dibenar keluar hospital
Pemain sayap kebangsaan dan juga Selangor FC, Faisal Halim telah dibenarkan keluar dari hospital selepas lebih dua minggu menerima rawatan akibat disimbah asid.
HAWANA: Kuching jadi tumpuan 1,000 pengamal media
Bandar raya Kuching kini menjadi tumpuan kira-kira 1,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang mula berkumpul bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bermula hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang muda Malaysia perlu lantang bersuara bagi Palestin
Justeru, mengambil contoh langkah dilakukan mahasiswa di Amerika Syarikat, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed menyeru orang muda di Malaysia melakukan langkah yang sama, menyeru dunia memandang isu pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sebagai sebuah krisis kemanusiaan.
Gudang bantuan di Gaza kini kosong
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed berkata susulan halangan bantuan memasuki radah, tiada bantuan boleh memasuki bumi Gaza.
Korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 orang
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 dan 80,293 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
AWANI Ringkas: Faisal Halim dibenar pulang hari ini atau esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya belum berputus asa - Azeem
Ia menyaksikan Azeem berada dalam kedudukan keenam pada saringan keenam mengakhiri cabaran di tempat ke-32 dalam kalangan 42 peserta.
Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi
Pelari itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11s, hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya.
Sukan Asia Hangzhou: Azeem muncul ketiga terpantas Asia
Pelari negara, Azeem Fahmi, menamatkan acara 100 meter lelaki di kedudukan podium apabila meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.
'Beri Azeem masa'
Bekas pelari kebangsaan Nazmizan Muhammad berharap Azeem tukar pendekatan memperlahankan rentak larian ketika hampir garisan penamat.
KBS harap Azeem konsisten pamer aksi terbaik - Adam Adli
Katanya, walaupun terkandas di peringkat saringan keempat kejohanan itu, pujian tetap harus diberikan kepada atlet muda tersebut.
Azeem kandas awal di Budapest
Azeem menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh daripada keseluruhan lapan peserta dengan catatan masa 10.26s.
Azeem miliki perwatakan luar biasa, kata jurulatih
Gagal selindung rasa kecewa di wajahnya selepas memastikan kedudukan lima terbaik Asia membuatkan Azeem tidak teragak-agak membuat janji.
Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir
Muhammad Azeem ungguli saringan kedua dengan catatan 10.24s, Khairul Hafiz di tempat keempat dengan catatan 10.46s pada saringan pertama.
Sukan Olimpik: Azeem Fahmi akan layak ke Paris 2024
Amir Izwan tidak menolak kemungkinan Azeem Fahmi hanya memerlukan sedikit masa lagi untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris.
Azeem Fahmi pulang ke Malaysia, hitung detik lebur rekod kebangsaan
Adakah peminat olahraga tanah air berpeluang menyaksikan pelari pecut muda sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharui rekod kebangsaan 100 meter (m) miliknya di halaman sendiri?.