awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini pasukan saya, untuk bela rakyat Johor - MB Johor

Bernama
Bernama
24/04/2019
13:52 MYT
Ini pasukan saya, untuk bela rakyat Johor - MB Johor
Sahruddin (dua, kiri) bersama tiga Exco Johor yang baharu dilantik, Mohd Solihan Badri (kiri), Tosrin Jarvanthi (dua, kanan) dan Tan Chen Choon (kanan) di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar, 22 April, 2019. --fotoBERNAMA/Fail
Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal hari ini menafikan wakil rakyat yang dipilih menjadi barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) baru-baru ini adalah 'pasukan' Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebaliknya, kesemua 10 Exco itu merupakan pilihannya sendiri, untuk melaksanakan aspirasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) demi kebaikan rakyat Johor dan mengulangi bahawa kesemua Exco dipilih, adalah satu pasukan yang beliau selesa bekerja, dan percaya mereka boleh melaksanakan tanggungjawab membela rakyat dengan baik.
"Sebetulnya, untuk kita membela rakyat, tiada team pun. Cuma pasukan exco yang ada di keliling saya ini, 10 Exco yang ada ini merupakan satu pasukan yang saya selesa bekerja dengan mereka.
"Tujuan (mereka dilantik) untuk kita menjaga rakyat Johor inilah. Jadi, tiadalah team A, team B ini," kata beliau dalam satu temubual khas di pejabatnya di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Dr Sahruddin berkata dengan adanya pasukan baru ini, dan dengan kerjasama dengan semua penjawat awam di negeri ini, antara lain adalah untuk memastikan Bangsa Johor iaitu rakyat negeri ini mengecapi keadaan yang aman serta ekonomi yang baik, sekali gus menjadikan taraf hidup mereka lebih baik.
"Inilah team saya, untuk membela nasib rakyat. Sepuluh Exco itulah team saya, untuk membela rakyat," kata Dr Sahruddin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa ada antara exco baharu yang dipilih merupakan "Team Muhyiddin" sehingga turut menimbulkan persoalan terdapatnya campur tangan dari Istana.
Dr Sahruddin, yang baharu sahaja dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-17 pada 14 April lalu, baharu saja mengumumkan barisan exco Johor yang baharu dua hari lepas (Isnin), menyaksikan dua Exco lama digugurkan manakala tiga exco baharu dilantik.
Beliau menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada 8 April lepas.
Dua Exco lama yang digugurkan ialah ADUN Skudai Tan Hong Pin dan ADUN Puteri Wangsa Mazlan Bujang manakala tiga Exco baharu adalah ADUN Bukit Permai Tosrin Jarvanthi, ADUN Tenang Mohd Solihan Badri dan ADUN Jementah Tan Chen Choon.
Ketika ditanya mengenai bagaimana dirinya akan berperanan dalam menyeimbangkan hubungan antara kerajaan persekutuan dan Istana terutama dalam menangani beberapa isu berkaitan, Dr Sahruddin berkata beliau berharap hubungan baik yang terjalin diharap dapat mengharmonikan hubungan kedua-duanya.
"Pertamanya, saya menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar agar melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur, ikhlas dan amanah serta tidak mengutamakan kepentingan diri atau politik, demi kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran ekonomi Johor," kata beliau.
Dr Sahruddin menambah, di atas keprihatinan Sultan Ibrahim, hubungan erat antara Istana dan rakyat terjalin.
"Sebetulnya perlu ada semak dan imbang. Keseimbangan antara kerajaan persekutuan dan pihak Istana.
"Insya-Allah, segala isu saya akan cuba selesaikan dengan baik," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#ADUN Bukit Kepong
#Bangsa Johor
#bela nasib rakyat
#campur tangan
#Exco
#exco baharu
#Istana
#letak jawatan
#Muhyiddin Yassin
#Osman Sapian
#Pakatan Harapan
#penjawat awam
#politik
#rakyat
#sahruddin jamal
#Sultan Ibrahim
#Sultan Johor
#Team Muhyiddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan