JOHOR BAHRU: Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) masih mendapat sambutan yang menggalakkan dan tidak "dingin" seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, hal ini kerana semenjak ia dilancarkan pada 27 Jan lepas, pelbagai pihak industri seperti pengusaha kedai makanan dan pasar raya masih meneruskan inisiatif itu sehingga kini.
"Pihak industri seperti pengusaha kedai makanan dan pasar raya dan sebagainya kita lihat apabila sudah masuk (sertai) inisiatif Menu Rahmah, mereka tidak keluar setakat ini.
Saya juga turun padang dan dapati inisiatif ini masih ditunjangi oleh pemain industri dan malah bertambah lagi," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Insiatif Payung Rahmah Bersama MOG Eyewear di pusat beli belah Johor Bahru City Square, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo.
Salahuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa insiaitif Menu Rahmah kini semakin dingin dan kurang mendapat sambutan.
Beliau berkata sambutan inisiatif Menu Rahmah dapat dilihat menerusi beberapa penyertaan baharu seperti Foodpanda Malaysia yang meluaskan capaian Menu Rahmah kepada rakyat negara ini.
Secara keseluruhannya, beliau berkata kepelbagaian inisiatif Rahmah juga adalah semakin meluas, antaranya tawaran Menu Rahmah untuk pelajar institusi pengajian tinggi dan terbaharu kerjasama dengan syarikat menjual cermin mata MOG Eyewear.
Terdahulu, Salahuddin berkata MOG Eyewear di bawah pengurusan Metro Optical Group itu, antaranya menawarkan harga pakej Rahmah bagi pembelian cermin mata pada harga RM50 dan RM100.
Selain itu katanya, MOG Eyewear yang mempunyai 96 buah kedai seluruh negara, turut menawarkan pakej naik taraf kanta kepada blue cut lens dengan pelindungan sinaran ultraungu pada harga RM100, dengan pembelian salah satu daripada pakej pembelian cermin mata.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
Salahuddin berkata sambutan inisiatif Menu Rahmah dapat dilihat menerusi beberapa penyertaan baharu seperti Foodpanda Malaysia yang meluaskan capaian Menu Rahmah kepada rakyat negara ini. - Gambar fail/Bernama
Pendigitalan tidak noktahkan ekosistem penerbitan buku fizikal - KP Pendidikan
Inisiatif pendigitalan industri buku tidak akan sesekali menoktahkan ekosistem penerbitan buku secara fizikal malah sebagai pelengkap dalam memartabatkan industri berkenaan.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.
Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.
43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.
Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.
Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.
Falsafah Payung Rahmah: 'Kerajaan berbelanja supaya rakyat boleh berbelanja' - Ahmad Maslan
Ahmad berkata ia dicapai menerusi pemberian tunai serta beberapa bantuan langsung lain kepada rakyat supaya boleh dibelanjakan dalam ekonomi domestik.
Tiada cadangan wajib syarikat besar sertai Payung Rahmah
Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan syarikat besar di negara ini menyertai inisiatif Payung Rahmah kerana pelaksanaannya pada peringkat awal bersifat sukarela.
Menu Rahmah jadi 'buruan', bantu rancakkan perniagaan kedai makan
Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan, menjadi 'buruan' terutamanya dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi.