Inkues: Saksi pelajar mengaku jerit, marah Zara Qairina pada malam kejadian

Prosiding inkues Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari ke-23 mendengar keterangan daripada salah seorang saksi pelajar yang dituduh.
KOTA KINABALU: Seorang saksi pelajar yang juga antara individu dituduh dalam kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengaku menjerit dan memarahi Zara pada malam kejadian selepas mangsa menafikan tuduhan mencuri.
Ringkasan AI
- Seorang saksi pelajar mengaku menjerit dan memarahi Allahyarham Zara Qairina dengan kata-kata kesat selepas mangsa menafikan tuduhan mencuri wang dan pin bendera.
- Sesi soal siasat oleh lima pelajar berlangsung kurang sejam sebelum Zara dilihat keluar dari bilik dan kemudian dilaporkan menangis di tandas.
- Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama pada 16 Julai dan meninggal dunia sehari kemudian, dengan kes dikaitkan kepada insiden buli.
“Saksi berkata terdapat kira-kira lima orang pelajar dalam bilik tersebut yang menyoal Zara secara bergilir-gilir mengenai kehilangan barang dan juga pin bendera milik saksi.
“Saksi mengakui dia menjerit kata-kata ‘bodoh, sial’ kepada Zara kerana berasa marah,” katanya kepada media di pekarangan Mahkamah Koroner, di sini, hari ini.
Menurut keterangan, sesi pertanyaan itu berlangsung kurang daripada satu jam sebelum saksi dan beberapa pelajar lain meninggalkan bilik tersebut.
Dalam pada itu, saksi juga memaklumkan ternampak Zara Qairina berjalan keluar dari bilik asrama sekitar jam 12.30 tengah malam, namun tidak mengetahui ke mana arah dituju.
"Dia kemudian dimaklumkan oleh beberapa pelajar junior bahawa Zara dilihat menangis di tandas di aras yang sama pada malam berkenaan," ujar Shahlan.
Pada malam 15 Julai lalu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir dituduh mencuri wang rakannya yang bernilai RM300.
Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.
Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolahnya di Papar pada jam 4 pagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami