MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Ibu kepada salah seorang pelajar dituduh dakwa anak dibuli

Ketua Warden SMKA Tun Datu Mustapha, menjelaskan bahawa pelajar terbabit tidak pernah membuat aduan rasmi kepada guru atau warden. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini, dimaklumkan bahawa ibu kepada seorang pelajar yang dituduh di mahkamah dalam kes membabitkan Allayarham Zara Qairina Mahathir, sering berhubung dengan ketua warden asrama menyatakan anaknya dibuli sejak Mac lalu.
Ringkasan AI
- Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa ibu kepada pelajar yang dituduh dalam kes Zara Qairina Mahathir pernah melaporkan anaknya dibuli sejak Mac melalui aplikasi Telegram kepada ketua warden asrama.
- Ketua Warden SMKA Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap, menjelaskan bahawa pelajar terbabit tidak pernah membuat aduan rasmi kepada guru atau warden, dan siasatan sekolah mendapati isu gangguan seksual yang diviralkan hanyalah salah faham.
- Azhari turut menjawab pertanyaan peguam mengenai dakwaan almari pelajar diumpil, namun siasatan tidak menemui bukti kukuh dan beliau tidak pasti sama ada almari tersebut benar-benar diumpil. Prosiding inkues bersambung esok.
Azhari berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Joan Goh, yang mewakili salah seorang remaja terbabit dalam kes tersebut, berhubung mesej yang dihantar oleh pelajar 'A'.
Joan: Apa tindakan kamu apabila menerima aduan dari ibu pelajar A?
Azahari: Saya berjumpa sendiri dengan pelajar 'A' dan tanya dia apa yang berlaku. Selepas saya jumpa pelajar 'A', saya beritahu kepada unit disiplin, sudah ambil tindakan dan saya serahkan kepada pengawai polis dan saya rasa inilah isu gangguan seksual yang diviralkan di media sosial. Hasil siasatan sekolah perkara ini cuma salah faham yang diceritakan oleh pelajar 'A'.
Joan: Ibu pelajar 'A' juga ada mengadu bahawa almari anaknya diumpil. Boleh jelaskan?
Azhari: Saya dah siasat tapi tak ada bukti.
Joan: Ada bukti yang almari pelajar 'A' memang kena umpil?
Azhari: Itu saya tidak pasti.
Joan: Cikgu, kamu siasat macam mana kamu tidak pasti? Kamu tengok almari kunci kena umpil atau tidak?
Azhari: Tidak.
Azhari menjelaskan, beliau hanya melakukan siasatan dengan bertanya kepada pelajar yang dituduh mengumpil pintu almari pelajar 'A'.
Prosiding inkues melibatkan Azhari dan saksi-saksi pelajar SMKA Tun Datu Mustapha bersambung esok.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami