awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: Media kekal tidak dibenar masuk prosiding saksi pelajar

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
25/09/2025
10:41 MYT
Inkues Zara Qairina: Media kekal tidak dibenar masuk prosiding saksi pelajar
Pasukan peguam mewakili ibu Zara Qairina. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan untuk tidak membenarkan media berada di dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.
Peguam mewakili ibu Allahyarham, Shahlan Jufri berkata, keputusan itu dibuat selepas Koroner membangkitkan isu berkaitan keperluan menjaga saksi bawah umur yang akan mula memberi keterangan esok.
“Koroner Ahmad Shah memutuskan untuk mengekalkan status quo dengan tidak membenarkan media berada di dalam prosiding inkues.
"Bagaimanapun, maklumat inkues boleh diperoleh daripada peguam-peguam yang hadir,” katanya ketika ditemui media selepas prosiding.
Menurut Shahlan, pihaknya sebenarnya bersetuju jika media dibenarkan hadir, malah sependapat dengan peguam yang mewakili pelajar lain, namun keputusan akhir tetap di tangan mahkamah.
Dalam pada itu, beliau berkata sepatutnya hari ini pakar forensik meneliti beberapa dokumen baharu berkaitan Allahyarham, termasuk buku catatan peribadi.
“Dokumen-dokumen itu adalah antara barangan yang dirampas polis. Sepatutnya dibuka dan diteliti pakar hari ini, namun ditangguhkan ke minggu depan kerana isu teknikal.
"Jadi proses penelitian akan dilakukan kemudian dengan kehadiran pakar daripada Jabatan Kimia,” jelasnya.
Prosiding inkues akan bersambung esok dengan keterangan dua saksi bawah umur yang merupakan saksi ketiga dan keempat.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#Inkues Zara
#saksi bawah umur
#pakar forensik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan