MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak kedua beri keterangan

Saksi kanak-kanak kedua berkenaan memberi keterangan secara tertutup di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan dengan didampingi ibunya pada 4 petang tadi.
KOTA KINABALU: Seorang pelajar yang didakwa dalam kes buli membabitkan Zara Qairina Mahathir selesai memberi keterangan hari ini dalam prosiding inkues di Mahkamah Koroner di sini.
Ringkasan AI
- Saksi pertama kanak-kanak selesai beri keterangan dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir, manakala saksi kedua mula beri keterangan secara tertutup dan akan bersambung esok.
- Inkues masuk hari ke-12 dengan 35 saksi kanak-kanak dijangka dipanggil; setakat ini lapan saksi dewasa sudah beri keterangan sejak prosiding bermula 3 September.
- Zara Qairina, 13 tahun, ditemui tidak sedarkan diri berhampiran asrama sekolah sebelum disahkan meninggal dunia pada 17 Julai; AGC arah inkues selepas siasatan polis dan kuburnya digali semula untuk bedah siasat.
Saksi berkenaan, yang memberi keterangan secara tertutup di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan dengan didampingi ibunya pada 4 petang tadi, akan menyambung keterangan esok.
Seramai 35 saksi kanak-kanak dijangka memberi keterangan dalam inkues berkenaan.
Setakat ini, lapan saksi dewasa telah memberi keterangan dalam prosiding itu yang bermula pada 3 Sept lepas manakala 25 lagi dijadual dipanggil pada sesi akan datang.
Berdasarkan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2017, yang secara jelas melarang penerbitan sebarang maklumat yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak, petugas media dilarang berada di dalam mahkamah semasa prosiding secara tertutup bagi melindungi saksi tersebut.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi 16 Julai.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan pihak polis.
Sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami