awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI martabat Islam dalam tadbir urus negara - PM Anwar
Kemelut Pas-Bersatu: Penting pemimpin kuat, ada aura untuk 'ikat' gabungan - Penganalisis
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden DASH: Tunggu hasil siasatan dalam masa dua minggu - Exco Infrastruktur Selangor

Astro Awani
Astro Awani
21/06/2021
15:39 MYT
Insiden DASH: Tunggu hasil siasatan dalam masa dua minggu - Exco Infrastruktur Selangor
Seorang pekerja pembinaan cedera dan seorang lagi maut selepas konkrit di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) berhampiran Kota Damansara runtuh. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca insiden perancah besi jatuh di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) berhampiran Kota Damansara, pada Ahad.
Menurut Exco Infrastruktur Negeri Selangor Izham Hashim, badan-badan lain yang turut melakukan siasatan yang sama termasuk sebuah badan konsultan bebas yang melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Jelasnya, siasatan dianggarkan memakan masa dua minggu dan sepanjang tempoh siasatan ini berlangsung, kerja-kerja pembinaan dihentikan serta merta.
“Itu saya kata kita kena tunggu laporan, laporan itu akan menentukan apa jenis tindakan selepas ini sebab tanpa ada laporan yang lengkap sebab ‘scaffolding’ ini tidak ada yang abnormal, biasa sahaja.
“Cuma kita hendak tahu ada unsur-unsur kelalaian ataupun saya harap tidak ada unsur-unsur jenayah, tetapi kita tidak tahu semua itu, kita tunggu laporan tetapi itu akan disekalikan laporan daripada DOSH, konsultan dan CIDB sebelum keputusan dibuat dan sebarang tindakan itu akan bergantung kepada siasatan itu.
“Itu semua dalam masa dua minggu lagi, yang itu biasanya kita akan dimaklumkan. Tidak ada apa yang ingin disembunyikan cuma sekarang tidak berani untuk membuat spekulasi, jadi kita tunggu siasatan," jelas beliau.
Tambahnya, hasil perbincangan awal mendapati insiden berkenaan berlaku ketika cuaca baik dan peralatan perancah adalah teratur.
Beliau juga turut mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Projek Lintasan Damansara Shah Alam Sdn Bhd (Prolintas) memastikan mereka mengambil aspek keselamatan tambahan termasuk keselamatan pekerja dan orang awam.
Antaranya, laluan atau kawasan yang melibatkan kerja kerja kritikal perlu dikosongkan untuk kegunaan awam dan peralatan yang digunakan pekerja dalam keadaan baik dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Terdahulu, seorang pekerja pembinaan cedera dan seorang lagi maut selepas konkrit di tapak projek pembinaan Lebuh Raya DASH berhampiran Kota Damansara jatuh.
BACA: Dua pekerja cedera, perancah besi di Lebuh Raya DASH jatuh
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.27 malam Ahad, kesemua warga Bangladesh berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun itu dilaporkan sedang melakukan kerja-kerja di bawah konkrit yang runtuh dari ketinggian 12 meter.
Topic Berkaitan
#Lebuh Raya DASH
#Exco
#SOP
#Malaysia
#Bangladesh
#Pekerja
#pekerja asing
#PROLINTAS
#LLM
#scaffolding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan