GEORGE TOWN: Insiden kad merah dan jaringan yang dibatalkan menyebabkan pasukan Penang FC kehilangan momentum dalam aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC malam tadi.
Pengendali Penang FC Chong Yee Fatt berkata beliau kecewa dengan keputusan semalam kerana Skuad Harimau Kumbang pada mulanya menjangkakan dapat mengutip tiga mata pada perlawanan itu.
"Keputusannya tidak menyebelahi kami. Kami jangka dapat mengutip mata penuh seperti yang anda lihat pada separuh masa pertama perlawanan, kami banyak menguasai bola.
"Bagaimanapun, pada babak kedua kami dilayangkan kad merah dan jaringan pula dibatalkan menyebabkan kami kehilangan momentum," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu di Stadium Bandaraya di sini.
Jaringan hasil tandukan Rafael Vitor pada minit ke-67 dibatalkan pengadil S. Logeswaran selepas mendapati Vitor menarik dan mengganggu pemain lawan, Bojan Ciger ketika membuat tandukan itu.
Skuad tuan rumah terus dilanda malang apabila Muhammad Adib Abdul Ra'op dibuang padang pada minit ke-76 susulan menerima kad kuning kedua apabila mengasari Manuel Hidalgo.
Pada perlawanan semalam, KDA FC berjaya mencuri tiga mata penuh apabila menewaskan Penang FC 2-1 di hadapan hampir 3,000 penonton.
Sementara itu, Jurulatih KDA FC Nafuzi Zain berkata KDA dan Penang FC sentiasa menpamerkan aksi yang sengit dan beliau mengakui skuad kendaliannya mengalami kesukaran dalam perlawanan itu.
"Pada pandangan peribadi saya, keadaan padang yang keras dan tidak rata juga membuatkan kedua-dua pasukan tidak dapat menterjemahkan permainan sebenar di atas padang," katanya.
Kemenangan itu menyaksikan KDA, yang berada di tempat ketiga dengan 43 mata selepas 20 perlawanan, merapatkan jurang dengan pasukan di tangga kedua, Selangor FC yang kelebihan tiga mata selepas 21 perlawanan.
Penang FC kekal di tangga ke-10 dengan 19 mata selepas 20 perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023
Pemain Kedah Darul Aman FC, Manuel Federico Hidalgo Gasparini (kanan) diasak pemain Penang FC, Muhammad Adib Abdul Raop pada pelawanan Liga Super 2023 di Stadium Bandaraya, Jalan Perak. - Gambar/ Bernama
Apple iOS 17.5.1 atasi isu gambar dipadam muncul semula
Apple tidak keluar sebarang komen, sekadar tawarkan kemas kini iOS 17.5.1, menyatakan ia mengatasi masalah gambar lama muncul semula itu.
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Windows Recall ingat kesemua aktiviti, lokasi fail pada PC
Microsoft mengatakan Recall ialah seperti mempunyai pembantu maya dengan memori fotografi.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Penang FC yakin kemampuan Neto Oliveira
Akmal Rizal berkata pemain kelahiran Brazil berusia 26 tahun itu berkemungkinan besar akan disenaraikan dalam kesebelasan utama.
Penang FC nyatakan solidariti terhadap Akhyar, Faisal
Pulau Pinang menyatakan solidariti bersama pemain-pemain ini dan berharap mereka dapat menerima rawatan yang sewajarnya dan akan pulih.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
'Ibarat balik kampung' - Sikh Izhan
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman bertekad mempamerkan persembahan terbaik selepas menyarung jersi Penang FC secara pinjaman daripada Selangor FC.
Merzagua Pengarah Teknikal baharu Penang FC
Penang FC melantik Merzagua Abderrazak sebagai Pengarah Teknikal baharu bagi memantapkan persiapan pasukan itu musim ini.
Sepakan penalti Vitor ikat Terengganu
Sepakan itu diperoleh selepas penjaga gol TFC Muhammad Rahadiazli Rahalim merempuh Nik Akif Syahiran Nik Mat dalam kawasan penalti.
Liga Super: KL City tewaskan Kelantan United 3-0
Anak buah kendalian Nenad Bacina yang dilihat mendominasi perlawanan memecah kebuntuan pada minit ke-21 hasil penyudah Matko Zirdum.
Penang FC 'rehatkan' Yee Fatt, Manzoor Azwira
Pasukan Harimau Kumbang gagal melangkah ke pentas akhir MFL Challenge Cup 2023, pamer prestasi membimbangkan dalam saingan Liga Super 2023.