KUALA LUMPUR: Polis telah menyerahkan laporan kertas siasatan berhubung kes rusuhan di sebuah tokong di Salak Selatan dekat sini kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya telah menyerah kertas siasatan itu dengan cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 148, Seksyen 186 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
"Selain itu, cadangan pertambahan pertuduhan di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021.
"Ia memandangkan kesemua suspek telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan iaitu berkumpul beramai-ramai di tempat awam," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.
BACA: Polis nafi rusuhan berpunca daripada tindakan roboh tokong, 4 individu ditahan
Beliau berkata, pihaknya menahan seramai empat lelaki berusia antara 18 hingga 50 tahun pada hari kejadian.
"Kesemua suspek itu telah direman selama dua hari bermula Rabu hingga Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh dengan menggunakan senjata berbahaya dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas," katanya.
Menurut beliau, pihaknya berjaya menahan dua lelaki lagi berusia 38 dan 56 tahun pada jam 8.30 malam, Rabu.
"Kita telah mengepung kawasan tokong untuk membuat tangkapan pada jam 1.30 pagi, Khamis, namun pihak tokong telah menyerah diri serta menyerahkan satu surat permohonan maaf yang ditujukan kepada polis.
"Kita telah menahan seramai 12 lelaki dan enam wanita berusia antara 18 hingga 84 tahun, namun kita membebaskan dua suspek dengan jaminan polis atas faktor usia.
Muhammad Idzam memaklumkan susulan tangkapan 24 individu itu, polis telah berjaya menangkap kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian rusuhan tersebut.
Pada Selasa, satu video berkaitan isu itu telah tular di media sosial.
Muhammad Idzam dalam kenyataannya pada Selasa menafikan terdapat tindakan untuk merobohkan mana-mana tokong dalam kejadian tersebut.
Beliau berkata, dalam kejadian pada jam 11.45 pagi hingga jam 4 petang itu, satu operasi telah dijalankan oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk membina pagar penghadang ‘hoarding' bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sebuah sekolah berhampiran sebuah tokong di Salak Selatan.
Bagaimanapun katanya, semasa operasi sedang dijalankan terdapat kira-kira 30 orang lelaki dan perempuan membawa kayu dan besi bertindak menghalang serta memecahkan cermin jentolak selain menyerang anggota polis yang bertugas di tempat kejadian.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Kertas siasatan kes rusuhan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya
Sinar Harian
Fri Oct 01 2021
Muhammad Idzam memaklumkan susulan tangkapan 24 individu itu, polis telah berjaya menangkap kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian rusuhan tersebut. - Gambar/ FB Polis KL
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Tahun Baharu Cina: 37 tokong sekitar ibu kota diperiksa
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah melakukan pemeriksaan terhadap 37 tokong di sekitar ibu kota, sempena Tahun Baharu Cina esok.
Kenyataan Guan Eng semai kebencian terhadap pemimpin politik Islam - Armada
Wan Ahmad Fayhsal berkata, ia merupakan kenyataan biadab dan perkauman serta sangat keji dan boleh mengancam ketenteraman awam.
'No comment... nanti orang cakap saya lawan raja, derhaka' - Sanusi
Menurut Muhammad Sanusi, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan beliau digelar 'derhaka' dan melawan institusi raja.
Sambutan Hari Wesak meriah walau beberapa acara utama tidak dilaksanakan
Penganut agama Buddha bersama anggota keluarga masing-masing mula mengunjungi tokong pada awal pagi bagi menjalankan upacara keagamaan.
Insiden rusuhan: 24 ditahan, pihak tokong mohon maaf - Polis
Polis telah menyerahkan laporan kertas siasatan berhubung kes rusuhan di sebuah tokong di Salak Selatan di sini kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Jumaat.
Polis nafi rusuhan berpunca daripada tindakan roboh tokong, 4 individu ditahan
Semasa operasi sedang dijalankan terdapat lebih kurang 30 orang lelaki dan perempuan berbangsa Cina membawa kayu dan besi.
Lelaki jumpa bayi dibuang ingin ambilnya jadi anak angkat
Mohd Hanif Zaini, 29, dan isterinya, Sharifah Zurini Syed Mat Noor, 29, sudahpun mempunyai nama untuk diberikan kepada bayi berkenaan iaitu Maryam, walaupun menyedarinya prosesnya bukan mudah.
'Mula-mula terdengar seperti anak kucing' - Jumpa bayi dalam beg ketika sedang joging
Seorang lelaki terkejut apabila menjumpai seorang bayi perempuan yang dibalut dengan kain batik ketika sedang berjoging, petang tadi.
Reman 13 lelaki gaduh di Pangkor dilanjutkan
Reman kesemua suspek yang berumur 16 hingga 50 tahun itu, disambung bermula Ahad selepas tempoh reman empat hari mereka sejak Rabu, berakhir Sabtu.
Lelaki rentung dalam kebakaran tokong
Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.30 pagi.