Tiga sekolah dan dua tadika di kawasan Pasir Gudang di sini ditutup selama dua hari, bermula esok bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan pemantauan lanjut berhubung insiden sesak nafas membabitkan 15 orang murid di kawasan itu pada Khamis.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata keputusan untuk menutup sekolah dan tadika itu dibuat oleh jawatankuasa teknikal kes itu dan akan membabitkan Sekolah Agama Taman Mawar (tempat di mana kejadian berlaku), Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2.
Dua tadika itu pula - Tadika Pasti dan Tadika Pintar Bestari.
“Semua sekolah dan tadika ini berada dalam radius antara 100 hingga 800 meter dari Sekolah Agama Taman Mawar.
“Kita menutupnya sebagai langkah berjaga-jaga kerana ini juga melibatkan budak kecil (murid tadika),” kata Mohd Khuzzan yang menambah terdapat lebih 3,000 orang (termasuk guru) berada di sekolah dan tadika itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Operasi Pemantauan, Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, hari ini.
BACA: Penduduk Taman Mawar akui ada hidu bau seperti diesel, gas
Mohd Khuzzan berkata setakat hari ini, radius kawasan yang telah dipantau oleh pasukan pemantauan kualiti udara yang ditubuhkan adalah sejauh 1.1 kilometer dari tempat kejadian namun didapati tahap bacaan kualiti udara di kawasan itu masih normal.
“Oleh itu, pemantauan akan diteruskan sehingga Isnin (24 Jun) sementara menunggu laporan siasatan pihak berkaitan berhubung puncanya,” katanya.
BACA: MESTECC tubuh jawatankuasa siasat kes pelajar sesak nafas di Pasir Gudang
Beliau juga memaklumkan sehingga kini, tiada panggilan susulan diterima pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berhubung insiden sama.
“Cuma pada tengah hari semalam selepas selesai sahaja sidang media yang kami lakukan, dua mangsa baharu dilaporkan telah menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.
“Mangsa ialah pelajar lelaki dan perempuan berusia 11 tahun dari sekolah agama terbabit tetapi seorang daripadanya ada asma. Enam lagi mangsa yang dimasukkan ke wad hospital itu lebih awal pula telah pun dibenarkan pulang,” kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2019
Petugas keselamatan mengambil keterangan mangsa pencemaran udara yang mendapatkan rawatan di Sekolah Agama Taman Mawar, Johor Bahru, 20 Jun, 2019. --fotoBERNAMA/Fail
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Lelaki OKU hilang sejak dua hari lepas ditemukan mati dalam longkang
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu melalui laporan yang dibuat orang awam pada pukul 5 petang tadi.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kemaman
Ia bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P040 Parlimen Kemaman.
SPRM lancar bilik gerakan PRK DUN Jepak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK Jepak.
SPRM buka bilik gerakan bagi PRN enam negeri, PRK Parlimen Kuala Terengganu
SPRM memaklumkan kesemua bilik gerakan itu beroperasi 24 jam bermula hari ini hingga hari pengundian pada 12 Ogos.
SPRM Kelantan buka bilik gerakan sepanjang PRN - Pengarah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan akan membuka bilik gerakan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
Banjir: Bilik Gerakan MAFI di seluruh negara diaktifkan
MAFI juga sentiasa siap siaga untuk menyalurkan bantuan sejurus maklumat berkaitan diperoleh di lapangan.
PRU15: Lelaki ditahan bakar khemah bilik gerakan parti politik
Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek di kawasan berkenaan dan suspek disyaki dalam keadaan mabuk ketika ditangkap.
PRU15: Bilik gerakan BN Arau akan dibuka semula
Ramai penyokong di peringkat jentera akar umbi mahu agar bilik gerakan tersebut dibuka semula.
Semua bilik gerakan banjir di Kelantan diaktifkan - Menteri Besar
Libatkan kerjasama daripada agensi yang terlibat seperti pasukan keselamatan, wakil-wakil rakyat termasuk sukarelawan.
PRN Sarawak: SPRM lancar lima bilik gerakan beroperasi 24 jam
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan lima bilik gerakan bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang PRN Sarawak.