Beliau berkata, kejadian itu difahamkan berlaku ketika masa serah tugas di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM Kota Samarahan, Sarawak.
BACA: 4 anggota TUDM maut dalam insiden tembakan kem Kota Samarahan
"Salah seorang anggota TUDM dipercayai menembak tiga rakannya sebelum menembak diri sendiri," katanya.
Beliau berkata, dua rakan yang ditembak maut serta merta di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera parah.
"Mangsa yang cedera parah sempat memandu kenderaan sendiri bagi mendapat rawatan di klinik tentera dalam kem berkenaan.
"Mangsa yang cedera di bahagian perut dan kritikal meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Jantung Kota Samarahan," ujar beliau.
Menurutnya, pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak dan forensik Hospital Umum Sarawak hadir di tempat kejadian.
"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kejadian," jelasnya.
Berita asal di Sinar Harian