KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berharap pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen bulan depan akan terus memberi keutamaan kepada penambahbaikan institusi dan pendidikan Islam.
Beliau berkata kolaborasi dan kerjasama strategik yang harmoni di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri menjadi platform berkesan dalam menyelaras serta memperkasakan lagi sistem pendidikan Islam di negara ini.
"Sistem pendidikan Islam di negara ini begitu unik, ia bukan sahaja diselaras dan dilaksana di bawah Kerajaan Persekutuan malah turut dilaksana kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri dan Yayasan Islam Negeri untuk mengawal selia serta memajukan pengajaran dan pengembangan agama Islam di negeri masing-masing.
"Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar lbrahim dari semasa ke semasa berusaha memperkasa institusi pendidikan Islam di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK)," katanya pada penutupan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) ke-9 di sini pada Ahad.
Mohd Na'im berkata sebanyak RM1.5 bilion diperuntuk bagi tujuan pengurusan hal ehwal agama dalam belanjawan tahun lepas.
MIISMAM merupakan acara kokurikulum peringkat kebangsaan berasaskan elemen kesenian dan kreativiti yang mempertandingkan 11 acara melibatkan kategori lelaki, perempuan serta terbuka.
Mohd Na'im berkata penganjuran MIISMAM, yang merupakan acara kokurikulum peringkat kebangsaan berasaskan elemen kesenian dan kreativiti, menjadi antara agenda bersama dalam mengaplikasi konsep Malaysia MADANI dengan elemen pembangunan insaniah menjadi tonggak dasar yang dipacu oleh negara ketika ini.
"Program MIISMAM begitu signifikan dengan Teras Kepimpinan Berdaya Cipta dalam Pelan Transformasi al-Falah yang antaranya memeta fokus pengukuhan kepimpinan generasi muda, komuniti dan pemerkasaan kesenian Islam.
"Selain itu, ia dapat mengetengahkan murid peringkat menengah yang berpotensi besar sebagai bakal da'ie (pendakwah) dan pemimpin yang kompeten di masa hadapan," katanya.
MIISMAM edisi kali ini, yang melibatkan kategori lelaki, perempuan dan terbuka, berlangsung selama tiga hari bermula 22 Sept serta berakhir hari ini menyaksikan Kedah muncul juara keseluruhan selepas memenangi empat daripada 11 acara yang dipertanding.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Mohd Na'im berharap pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen bulan depan akan terus memberi keutamaan kepada penambahbaikan institusi dan pendidikan Islam. - Foto fail/Sinar Harian
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.
Situasi di Gaza pembunuhan besar-besaran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengutuk situasi di Gaza sebagai pembunuhan besar-besaran.
Angka korban di Gaza cecah 17,000
Pencerobohan Israel di Gaza menyebabkan ratusan lagi rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka korban kini melebihi 17 ribu orang, pada Khamis.
Tiada persetujuan Israel-Hamas mengenai jeda kemanusiaan
White House menyatakan ketiadaan potensi perjanjian jeda kemanusiaan antara Israel dan Hamas dalam masa terdekat, sementara kumpulan tujuh negara terus mendesak bantuan.

Polis siasat kemungkinan Zayn Rayyan mati dijerut
Bedah siasat yang dijalankan selama lima jam itu mendapati memang ada kesan cedera pada bahagian leher mangsa dan beberapa bahagian tubuh lain.

Zayn Rayyan maut dicekik, ada pergelutan dengan pembunuh
Hasil bedah siasat mendapati mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya.

Institusi dan pendidikan Islam diharap dapat keutamaan dalam Belanjawan 2024
Pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen bulan depan diharap akan terus memberi keutamaan kepada penambahbaikan institusi dan pendidikan Islam.