KUANTAN: Institusi Raja hendaklah dipelihara dan dikekalkan sebagai salah satu kuasa semak dan imbang terakhir untuk rakyat dan negara, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda bertitah raja pemerintah juga telah diberi tanggungjawab dalam Perlembagaan untuk memberi naungan saksama kepada setiap warganegara tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
"Institusi raja mengatasi garis politik yang kekal bertindak tidak berpihak atau 'non-partisan' dan boleh bertindak sebagai penimbang tara sekiranya timbul pertelingkahan politik kepartian yang boleh menggugat kestabilan negara.
"Dalam erti kata lain, ahli politik juga tidak boleh berselindung atau menggunakan institusi raja untuk kepentingan politik mana-mana pihak," titah baginda semasa merasmikan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia 2021 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Persidangan yang berlangsung secara dalam talian itu juga dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.
Tengku Hassanal juga bertitah perkenan raja pemerintah perlu dihormati sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan dan tidak boleh dianggap sebagai formaliti atau 'ceremonial' sahaja.
"Institusi raja di Malaysia hendaklah dihormati semua pihak. Kuasa raja pemerintah sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang tidak wajar dipertikaikan," titah Tengku Hassanal.
Pada titah itu, Tengku Hassanal juga menasihatkan semua Yang Dipertua dewan Parlimen dan DUN negeri untuk menjalankan amanah dan tugas sebaik mungkin dengan berpandukan kepada pengalaman, pengetahuan dan integriti yang tinggi bagi menjamin persidangan berjalan telus, adil dan saksama.
"Yang Dipertua mempunyai peranan penting bagi memastikan perdebatan badan legislatif berjalan dengan tertib, sopan dan teratur seperti 'standing orders' (peraturan majlis mesyuarat) yang ditetapkan," titah Tengku Hassanal.
Pada perkembangan lain, Tengku Hassanal bertitah Parlimen dan DUN sebagai badan legislatif yang terulung perlu berusaha memberi pandangan dan rujukan kepada generasi muda sebagai persediaan untuk mereka menggalas tanggungjawab tersebut.
Titahnya, walaupun pelaksanaan persidangan belia di peringkat Parlimen dan negeri diadakan, namun usaha berterusan atau keterlibatan dengan generasi belia perlu diteruskan supaya konsep raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen difahami serta dihayati generasi muda.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 09 2021
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua, kanan) berkenan mengaminkan doa sempena perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia 2021. - Foto BERNAMA
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Polis siasat individu hina institusi raja, kerajaan
Lelaki dikenali sebagai Ganesparan a/l Nadaraja, 38, beralamat terakhir di P-1-5 RH Pangsa Flat MPS Jalan Tan Sri Manickavasagam, Seremban, Negeri Sembilan.
Akta Hasutan: PDRM bertindak atas peruntukan sedia ada
Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa mengambil langkah berlandaskan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan keselamatan negara terancam.
Jangan ambil mudah institusi raja - Titah Agong
Rakyat diminta tidak mengambil mudah dan diperbuat sesuka hati institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong dalam amalan Raja Berperlembagaan.
Hormati sensitiviti sebelum keluarkan kenyataan terbuka - TPM
Beliau berkata walaupun Malaysia mengamalkan konsep kebebasan bersuara, namun ada sesetengah perkara yang perlu ditapis demi memastikan keamanan negara sedia ada sentiasa terpelihara.
Sultan Selangor amat dukacita tindakan orang Melayu hasut rakyat benci Raja
Titah baginda, paling mendukacitakan adalah apabila hasutan supaya membenci Raja-raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri.
NGO buat laporan polis, dakwa artikel Kadir Jasin menghina raja
Laporan itu dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut susulan kenyataan Kadir yang dikatakan mengandungi hasutan dan menghina institusi Raja-Raja Melayu.
Pemanis gesa tindakan tegas terhadap pihak yang menghina institusi raja
Persatuan Melayu Perlis (Pemanis) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.
Perkenalkan subjek institusi raja-raja di sekolah dan universiti - Rais
Mata pelajaran mengenai institusi raja-raja perlu diperkenalkan di peringkat sekolah hingga ke universiti bagi mendidik pelajar mengetahui peranan serta menghormati institusi itu, kata Rais Yatim.