Mata pelajaran mengenai institusi raja-raja perlu diperkenalkan di peringkat sekolah hingga ke universiti bagi mendidik pelajar mengetahui peranan serta menghormati institusi itu, kata Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Beliau menjelaskan langkah itu sekaligus dapat membendung tindakan menghina institusi raja-raja dalam kalangan rakyat di negara ini.
"Memandangkan hal sedemikian (menghina institusi raja-raja), saya rasa masanya telah sampai kerana tindakan itu menjadi cerminan kepada kita.
"Perlu ada panduan dan pendidikan yang jelas bagi membendung aktiviti seumpama itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Institusi Raja (Siraj) III: Pemerintahan Diraja Dalam Manuskrip Melayu, di sini, pada Khamis.
Rais memberitahu beliau telah memaklumkan cadangan itu kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri untuk dipertimbangkan.
"Pelajar universiti dan sekolah perlu diberi peluang untuk mempelajari tentang institusi raja-raja dan kandungan nilai yang terkandung di dalamnya," katanya.
Beliau berkata kerajaan perlu tegas dalam menangani tindakan menghina institusi raja-raja dengan mengenakan tindakan lebih tegas sebagaimana yang dipraktikkan oleh kerajaan Thailand terhadap rakyatnya yang menghina institusi raja-raja di negara itu.
Katanya, baru-baru ini dua pelakon terkenal di negara itu dijatuhi hukuman penjara dua tahun setengah setelah didapati bersalah menghina sistem monarki semasa pementasan persembahan teater.
Pada awalnya, kedua-dua pelakon itu berdepan hukuman penjara lima tahun namun dipendekkan selepas mereka mengaku bersalah.
Terdahulu, dalam ucaptamanya, Rais berkata negara memerlukan pewaris pakar sejarah Melayu bagi menggantikan pakar sedia ada bagi meneruskan kajian budaya serta tamadun Melayu.
"Pakar-pakar seperti Prof Mohd Taib Osman dan Mohamad Mustafa Kamal Yassin memerlukan pewaris bagi menyambung legasi mereka," katanya.
Sebanyak 15 kertas kerja dibentangkan pada seminar sehari itu yang dihadiri 250 peserta terdiri daripada ahli akademik, cendekiawan, pegawai kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bernama
Thu Feb 26 2015
RAIS: Langkah itu sekaligus dapat membendung tindakan menghina institusi raja-raja dalam kalangan rakyat di negara ini.
Orang utan rawat luka sendiri guna tumbuhan
Pemerhatian itu memberikan pandangan baharu tentang kemampuan merawat diri sendiri dalam spesis tersebut, selain menggariskan persamaan antara manusia dan orang utan.
Saudi wajibkan jemaah haji ada kad Nusuk
Pelancaran kad itu adalah siri terbaru dalam pembaharuan diperkenalkan kerajaan Arab Saudi sebagai sebahagian usaha berterusan menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada jemaah haji.
Kena serangan jantung, warga emas maut kemalangan
Akibat terkena serangan jantung, seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Rahmat, pada malam Khamis.
Reformasi pendidikan: Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak subjek mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
Reformasi pendidikan: 'Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial'
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
Indeks Kebebasan Media: Malaysia merudum 34 anak tangga, bukan lagi terbaik ASEAN
Malaysia berada di kedudukan 107 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF) berbanding tangga 73 tahun lepas.
Kebebasan Media: Malaysia merudum 34 tangga, bukan lagi terbaik ASEAN
Kedudukan Malaysia merudum 34 tangga kepada 107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2024 kelolaan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF). Ia sekali gus menjadikan Malaysia bukan lagi yang terbaik di Asean.
Lembaga pengarah DNB bermesyuarat minggu depan, tentukan syor bagi hala tuju rangkaian 5G kedua - Gobind
Lembaga pengarah Digital Nasional Bhd (DNB) yang baru dilantik akan mengadakan mesyuarat pada Selasa depan.
"Siasatlah...mereka akan tahu apa yang sebenarnya' - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata pemberian duit raya merupakan amalannya sewaktu menyantuni kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pesakit di wad.
Turkiye gantung aktiviti perdagangan dengan Israel
Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan dengan Israel pada Khamis berikutan serangan berterusan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza.
Polis siasat individu hina institusi raja, kerajaan
Lelaki dikenali sebagai Ganesparan a/l Nadaraja, 38, beralamat terakhir di P-1-5 RH Pangsa Flat MPS Jalan Tan Sri Manickavasagam, Seremban, Negeri Sembilan.
Akta Hasutan: PDRM bertindak atas peruntukan sedia ada
Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa mengambil langkah berlandaskan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan keselamatan negara terancam.
Jangan ambil mudah institusi raja - Titah Agong
Rakyat diminta tidak mengambil mudah dan diperbuat sesuka hati institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong dalam amalan Raja Berperlembagaan.
Hormati sensitiviti sebelum keluarkan kenyataan terbuka - TPM
Beliau berkata walaupun Malaysia mengamalkan konsep kebebasan bersuara, namun ada sesetengah perkara yang perlu ditapis demi memastikan keamanan negara sedia ada sentiasa terpelihara.
Sultan Selangor amat dukacita tindakan orang Melayu hasut rakyat benci Raja
Titah baginda, paling mendukacitakan adalah apabila hasutan supaya membenci Raja-raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri.
NGO buat laporan polis, dakwa artikel Kadir Jasin menghina raja
Laporan itu dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut susulan kenyataan Kadir yang dikatakan mengandungi hasutan dan menghina institusi Raja-Raja Melayu.
Pemanis gesa tindakan tegas terhadap pihak yang menghina institusi raja
Persatuan Melayu Perlis (Pemanis) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.
Perkenalkan subjek institusi raja-raja di sekolah dan universiti - Rais
Mata pelajaran mengenai institusi raja-raja perlu diperkenalkan di peringkat sekolah hingga ke universiti bagi mendidik pelajar mengetahui peranan serta menghormati institusi itu, kata Rais Yatim.