awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Institut kanser perlu bergabung untuk tingkat penyelidikan - Rosmah

Bernama
Bernama
04/12/2014
01:59 MYT
Institut kanser perlu bergabung untuk tingkat penyelidikan - Rosmah
ROSMAH: Institut kanser perlu bergabung untuk tingkat penyelidikan. -Gambar fail
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menggesa Institut Kanser Negara (IKN) untuk bekerjasama dengan universiti tempatan dan antarabangsa serta institusi penyelidikan bagi meningkatkan pengetahuan tentang genetik.
Ini, katanya, harus membawa manfaat kepada penduduk tempatan.
"Kita perlu memberi tumpuan kepada pendidikan dan penyelidikan. Kita perlu melatih lebih ramai pakar genetik, saintis, ahli teknologi makmal perubatan dan kaunselor genetik untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Genetik Perubatan Antarabangsa 2014 di sini hari ini.
Walaupun kerajaan adalah penyedia terbesar perkhidmatan kesihatan, Rosmah berkata beliau percaya bahawa setiap orang perlu memainkan peranan yang lebih besar bagi meningkatkan kesedaran mengenai pengesanan awal, rawatan dan pencegahan.
"Kita harus cuba untuk mengurangkan impak sosio-ekonomi dan emosi gangguan genetik pada keluarga dan masyarakat," katanya.
Rosmah berkata matlamat persidangan adalah untuk meneroka kemajuan dalam teknologi DNA ke arah menambah baik penjagaan kanser dan prognosis yang lebih baik, dengan menyatakan bahawa kanser adalah penyakit yang amat ditakuti.
"Apabila diserang kanser, terutama golongan muda yang mempunyai begitu banyak untuk diterokai dalam kehidupan, kesannya sangat menyayat hati," katanya, sambil menarik perhatian bahawa kematian akibat kanser lebih berleluasa hari ini.
Walaupun mencapai kemajuan dalam biologi molekul, beliau berkata ramai yang masih tidak menyedari tentang pelbagai diagnostik dan rawatan pilihan yang sedia ada.
"Apa-apa yang boleh memperjelas kepada patogenesis kanser membawa berita baik dan harapan untuk diagnosis awal, rawatan dan pencegahan kepada pesakit dan keluarga mereka," katanya.
Sambil memetik data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia, beliau berkata 8.2 juta kematian dilaporkan akibat kanser pada 2012 yang didahului kanser paru-paru dengan 1.59 juta kematian, diikuti kanser hati (74,5000), kanser perut (723,000), kanser kolorektal (kolon + rektum) (694,000), kanser payudara (521,000) dan kanser esofagus (400,000).
Rosmah menarik perhatian kepada inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan dalam program pencegahan dan kawalan kanser.
Mengenai kanser payudara, beliau berkata beberapa program pencegahan kanser payudara telah dilancarkan oleh pelbagai kementerian, termasuk Program Subsidi Ujian Mamogram di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Persatuan Genetik Perubatan Malaysia ialah penggerak utama persidangan tiga hari itu.
Topic Berkaitan
#esofagus
#kanser
#kesihatan
#persidangan
#Rosmah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan