KUALA LUMPUR: Pangkalan data sistem mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diintegrasikan dengan pihak berkuasa lain, sejak 2007.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim dalam kenyataan hari ini berkata proses pengintegrasian pangkalan data sistem itu melibatkan agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Pada 11 Feb, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman (Datuk Mat Kasim Karim) dalam kenyataannya, menyambut baik Projek Rintis Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) JPJ, seperti diumumkan Menteri Pengangkutan pada 10 Feb.
"JSPT melalui peralatan Mobile Computerized On-Line Payment System (MCOPS), juga boleh melakukan semakan integrasi dengan sistem mySIKAP JPJ atau paparan kod QR untuk semakan nombor kenderaan dan nombor kad pengenalan," kata Zailani dalam kenyataan itu.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan media oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan semalam yang bertajuk 'Semua Pihak Mesti Sepakat Tentang Cukai Jalan, Lesen Memandu Digital, Kata Bekas KPN'.
Dalam kenyataan itu, Musa berkata Kementerian Pengangkutan perlu menjalankan kajian mendalam mengenai inisiatif pendigitalan JPJ, yang tidak lagi memerlukan pengguna mempamerkan cukai jalan sebaliknya hanya perlu menunjukkan dokumen tersebut melalui aplikasi MyJPJ, yang dibangunkan secara dalaman.
Musa dalam kenyataan itu turut mempersoalkan bagaimana penguatkuasaan boleh dijalankan oleh agensi lain, selain JPJ sekiranya agensi lain itu tidak mempunyai akses kepada pangkalan data lesen digital, memandangkan peraturan dan undang-undang jalan raya bukan hanya dikuatkuasakan oleh JPJ.
Sementara itu Zailani berkata projek pendigitalan berkenaan, merupakan projek rintis dan akan memastikan usaha penambahbaikan secara berterusan inisiatif JPJ itu dilaksanakan, bagi memastikan keberkesanannya serta memberi manfaat kepada negara dan seluruh masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
Zailani berkata proses pengintegrasian pangkalan data sistem itu melibatkan agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT). - Gambar fail
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
JPJ cadang lucut hak kenderaan 'prebet sapu'
Jazmanie berkata JPJ telah adakan perbincangan dengan AGC sejak tiga bulan lepas sebagai cara memutuskan kitaran pesalah berulang ini.
Op Khas Motosikal: lebih 78,000 notis dikeluarkan dalam tempoh 29 hari
JPJ mengeluarkan 78,152 notis atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal di seluruh negara sejak operasi itu dilancarkan 1 Nov.
JPJ diberi mandat tangani kenderaan berat bawa muatan berlebihan - Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diberi mandat penuh menangani isu kenderaan berat membawa muatan berlebihan yang dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat integriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Lebih 11,000 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal 2024 sejak ia dilaksanakan pada 1 Nov lepas.