awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia alami prestasi rendah pada hari dagangan terakhir 2025
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTEGRITI kecam tindakan salah guna dana mangsa wabak ebola di Afrika Barat

Media Statement
Media Statement
06/11/2017
10:39 MYT
INTEGRITI kecam tindakan salah guna dana mangsa wabak ebola di Afrika Barat
Menurut Integriti, menyalahgunakan dana yang disalurkan untuk membantu mangsa wabak merupakan satu tindakan yang keji dan tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pihak. - Gambar fail
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) terkejut dengan pendedahan Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) yang mendapati pekerja-pekerja badan itu dan beberapa pihak yang lain telah menyalahguanakan dana AS$6 juta (RM25 juta) yang diperuntukkan untuk melawan wabak Ebola di rantau Afrika Barat.
Menurut maklumat media, jumlah itu sebahagian daripada lebih AS$124 juta (hampir RM500 juta) yang disediakan, meliputi tempoh dari 2014 hingga 2016, bagi menangani wabak yang telah meragut lebih 11,000 orang di Sierra Leone, Liberia dan Guinea.
Pada pandangan INTEGRITI, pendedahan kemungkinan wujud 'kolusi' dan bersubahat, Sebagaimana disebutkan oleh Setiausaha Agung Persekutuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, dengan sendiri menunjukkan lemahnya budaya berintegriti dalam kalangan pihak-pihak yang terbabit dalam proses pengagihan dana yang diperuntukkan khusus untuk membantu mangsa wabak Ebola.
Ia dengan jelas menunjukkan ada pihak yang lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding dengan kepentingan kumpulan sasaran yang sebenar.
Kes melibatkan dana wabak Ebola ini satu contoh di mana dana untuk tujuan kemanusiaan tidak sampai kepada kumpulan sasaran sepenuhnya dan secara menyeluruh. Perkembangan ini sesuatu yang menyedihkan kerana ia melibatkan nyawa manusia.
Menyalahgunakan dana yang disalurkan untuk membantu mangsa wabak merupakan satu tindakan yang keji dan tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pihak.
Dalam hal ini, INTEGRITI menyambut baik ketegasan kepimpinan Persekutuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa yang memutuskan untuk mengambil tindakan tegas bagi membendung isu ini.
Sebagaimana disebutkan oleh Dr Jemilah, dana yang disalurkan oleh pelbagai pihak termasuk orang perseorangan seharusnya digunakan untuk tujuan kemanusiaan yang ditetapkan, dan jika tidak, ia akan memusnahkan kepercayaan orang ramai dan para penderma terhadap badan-badan seperti IFRC.
INTEGRITI percaya satu pendekatan menyeluruh bagi menangani salah guna dana perlu dikuatkuasakan oleh pertubuhan-pertubuhan ternama seperti IFRC. Ini termasuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika persekitaran malapetaka.
Selain itu pemupukan budaya berintegriti tinggi dalam kalangan pekerja dan sukarelawan serta pihak institusi kewangan dan kakitangan kerajaan yang terlibat dalam pengagihan dana amat penting.
INTEGRITI menyambut baik usaha dan pendekatan yang diumumkan oleh Dr Jemilah bagi mengatasi isu ini.
INTEGRITI sedia berkongsi pengalaman dan amalan-amalan baik bagi mewujudkan persekitaran bebas salah guna kuasa, penipuan dan penyelewengan dalam soal pengagihan dana kemanusiaan.
Pihak berkuasa negara-negara yang dihimpit masalah kemanusiaan, seperti dalam kes wabak Ebola, juga sangat penting. Mereka yang terlibat dalam salah guna kuasa harus dikenakan tindakan undang-undang tegas yang sewajarnya.
Topic Berkaitan
#Dr Jemilah Mahmood
#Global
#IFRC
#Institut Integriti Malaysia
#integriti
#kesihatan
#Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa
#undang-undang
#wabak Ebola
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan