Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake

Intel lancar siri cip pemprosesan komputer riba Intel Core Ultra 300 "Panther Lake" dengan fokus kepada komputer riba nipis, ringan, dan model gaming menggunakan grafik Intel Xe3 yang lebih berkuasa. -Foto Amanz
INTEL baru-baru ini melancarkan siri cip pemprosesan komputer riba Intel Core Ultra 300 “Panther Lake”, yang menyasarkan komputer riba nipis dan ringan serta model gaming.
Ringkasan AI
- Intel melancarkan siri cip pemprosesan komputer riba Intel Core Ultra 300 "Panther Lake" dengan fokus kepada komputer riba nipis, ringan, dan model gaming menggunakan grafik Intel Xe3 yang lebih berkuasa.
- Kini, tumpuan beralih kepada pelancaran siri Intel Nova Lake atau Intel Core Ultra 400 yang menggunakan grafik terbina berasaskan seni bina Intel Xe3P, atau nama kod "Celestial", dijangka hadir pada penghujung tahun ini.
- Intel merancang beberapa konfigurasi iGPU dalam siri Nova Lake untuk membezakan keupayaan grafik mengikut kelas produk, memberi peningkatan prestasi grafik yang lebih besar berbanding generasi sebelumnya.
Beberapa laporan pembangunan pemandu Linux mengesahkan bahawa siri cip pemprosesan ini akan menggunakan grafik terbina berasaskan seni bina Intel Xe3P, atau nama kodnya “Celestial”.
Melalui kemas kini pemandu Linux tersebut, tiga blok IP disenaraikan pada platform Nova Lake-P: Xe3p_LPG untuk pemprosesan grafik, Xe3p_LPM untuk olahan media, dan Xe3p_LPD bagi paparan.
Pemisahan fungsi grafik ini telah diperkenalkan sejak Meteor Lake, dan diteruskan pada setiap generasi untuk meningkatkan kecekapan dan skalabiliti grafik Intel.
Seperti siri Intel Core Ultra 200, hanya model terpilih dalam keluarga Nova Lake dijangka menerima konfigurasi grafik Xe3P penuh, manakala model lain akan menggunakan varian grafik terdahulu.
Intel turut merancang beberapa konfigurasi iGPU dalam siri ini bagi membezakan keupayaan grafik mengikut kelas produk.
Prestasi grafik Intel Xe3 “Battlemage” pada siri Ultra 200 sebelum ini sudah menunjukkan peningkatan ketara untuk permainan video, dan Xe3P pula dijangka membawa lonjakan prestasi lebih besar hasil penggunaan proses teknologi baharu.
Dengan perkembangan ini, Nova Lake dijangka menjadi penanda aras baharu kepada kemampuan grafik terbenam Intel pada peranti mudah alih dan desktop. -Amanz
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa kelebihan utama siri cip pemprosesan komputer riba Intel Core Ultra 300 "Panther Lake" yang baru dilancarkan? A: Penggunaan grafik Intel Xe3 versi dipertingkat daripada seni bina Battlemage dengan prestasi gaming dan olahan grafik yang lebih berkuasa.
- Q: Apakah nama kod untuk grafik terbina yang digunakan pada siri cip pemprosesan Intel Nova Lake atau Intel Core Ultra 400 yang akan datang? A: Nama kod grafik terbina adalah "Celestial" atau Intel Xe3P.
- Q: Mengapakah pemisahan fungsi grafik pada siri pemprosesan Nova Lake-P diperkenalkan sejak Meteor Lake? A: Pemisahan fungsi grafik diperkenalkan untuk meningkatkan kecekapan dan skalabiliti grafik Intel pada setiap generasi siri pemprosesan.
- Q: Apakah yang dijangka sebagai penanda aras baharu kepada kemampuan grafik terbenam Intel pada peranti mudah alih dan desktop berdasarkan perkembangan siri Nova Lake? A: Nova Lake dijangka menjadi penanda aras baharu kepada kemampuan grafik terbenam Intel pada peranti mudah alih dan desktop.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

