awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat pendaki ditemukan maut di Greece
Pesta Pulau Pinang jadi tumpuan, tawar pelbagai tarikan
Google benarkan tukar nama akaun Gmail, terhad 3 kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPT perlu tawar kursus relevan, atasi cabaran pekerjaan tak sepadan - Saravanan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/08/2022
14:39 MYT
IPT perlu tawar kursus relevan, atasi cabaran pekerjaan tak sepadan - Saravanan
Saravanan berkata, penekanan harus diberikan kepada kursus yang boleh disesuaikan ke arah peningkatan kemahiran yang berterusan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Institusi pengajian tinggi harus menawarkan kursus selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan 5.0.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata, penekanan harus diberikan kepada kursus yang boleh disesuaikan ke arah peningkatan kemahiran yang berterusan dan kemahiran semula tenaga kerja.
"Kementerian mendapati bahawa selepas pandemik COVID-19, kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan tidak boleh menggaji graduan generasi pertama kerana ijazah atau diploma mereka sudah tidak boleh digunakan," kata Saravanan selepas melancarkan inisiatif Mynext oleh Talentcorp di Pusat Konvensyen Sime Darby, pada Khamis.
Tambahnya, cabaran terbesar bukanlah pengangguran kerana kadar pengangguran di negara ini telah menurun daripada 5.3 peratus kepada 3.9 peratus.
"Cabaran terbesar ialah pekerjaan yang tidak sepadan. Graduan generasi pertama tidak mendapat pekerjaan yang sesuai, terutama mereka yang mempunyai ijazah perniagaan dan pentadbiran.
"Jika mereka mahu terus hidup, mereka perlu menjalani latihan semula dan meningkatkan kemahiran berulang kali, atau ijazah atau diploma mereka tidak lagi boleh digunakan," kata Saravanan.
Program Mynext by TalentCorp ialah kerjasama pelbagai kementerian bagi membantu graduan di Malaysia mencari pekerjaan.
"Mynext Talent membantu pelajar dan individu dalam tenaga kerja, manakala Mynext University menyokong institusi pengajian tinggi, dengan tujuan membangunkan tenaga kerja untuk memenuhi permintaan industri.
"Mynext Company pula menyasarkan untuk menyokong tenaga kerja negara dengan menyepadukan bakat dan analitik ke satu platform bagi menghubungkan bekalan tenaga kerja dengan pekerjaan masa hadapan.
Topic Berkaitan
#M Saravanan
#Institusi Pengajian Tinggi
#pekerjaan
#IR 4 0
#IR5 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan