awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Irmohizam bertemu Duta Singapura, bincang rancakkan industri acara perniagaan

Fareez Azman
Fareez Azman
22/10/2021
11:47 MYT
Irmohizam bertemu Duta Singapura, bincang rancakkan industri acara perniagaan
Irmohizam Ibrahim (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Vanu Gopala Menon semasa mengadakan pertemuan di Kedutaan Singapura pada Jumaat. - Gambar WTCKL
KUALA LUMPUR: Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini mengadakan perbincangan dengan Kedutaan Singapura di Malaysia tentang inisiatif merancakkan semula industri Acara Perniagaan (BE) antara kedua-dua Malaysia dan Singapura.
Pengarah Eksekutif Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau juga mengambil kesempatan memaklumkan Duta Besar Singapura ke Kuala Lumpur, Vanu Gopala Menon mengenai perkembangan dan aktiviti terkini di WTCKL serta World Trade Centers Association (WTCA).
Katanya lagi, melalui kunjung hormat ke kedutaan itu, beliau telah menerangkan keperluan kedua-dua pihak untuk mengambil manfaat dari laluan penerbangan Kuala Lumpur - Singapura yang merupakan antara rangkaian antarabangsa paling sibuk di dunia.
"Terima kasih saya kepada TYT Vanu Gopala Menon atas kesudian menerima kunjungan hormat dari WTCKL pada pagi ini. Saya telah memaklumkan beliau mengenai perkembangan dan aktiviti terkini di WTCKL dan WTCA.
"Kami juga membincangkan peluang kerjasama antara Kedutaan Singapura di Malaysia, WTCKL dan WTCA dalam merancakkan semula industri Acara Perniagaan (BE) di Malaysia dan Singapura.
"Laluan penerbangan Kuala Lumpur – Singapura merupakan antara rangkaian udara paling sibuk di dunia. Kami juga mengharapkan apabila keadaan COVID-19 di negara masing-masing semakin pulih, orang ramai dapat mengunjungi semula kedua-dua negara ini dan industri BE juga dapat digiatkan semula," katanya pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#WTCKL
#Irmohizam Ibrahim
#acara perniagaan
#Kedutaan Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan