awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isa Samad masih Pemangku Pengerusi SPAD - Nancy Shukri

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
21/08/2017
10:32 MYT
Isa Samad masih Pemangku Pengerusi SPAD - Nancy Shukri
Isa belum didakwa, namun sedang melalui proses penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Gambar fail
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masih Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.
Jelas beliau, bekas Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) itu belum didakwa, namun hanya melalui proses penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Sekarang ini, kedudukan Tan Sri Isa Samad masih lagi pemangku pengerusi (SPAD) kerana prerogative untuk melantik pengerusi itu adalah Perdana Menteri.
"Dia belum didakwa, jadi selesai ke tidak selesai masih belum lagi ada cerita. As far we are concern he is still the acting chairman dan untuk mesyuarat kalau dia tidak ada, kita memang ada interim chairman," katanya semasa sidang media selepas Majlis Serah Surat Tawaran Kelulusan kumpulan ketiga kepada pemandu teksi di Ibu Pejabat SPAD di sini hari ini.
Pada ketika ini katanya, operasi SPAD juga tidak terkesan dengan isu siasatan melibatkan Pemangku Pengerusinya itu.
"Jadi, setakat ini masih lagi (pemangku pengerusi) lagipun ia tidak mengganggu perjalanan tugasan kita. Kita sedang tugas kita macam biasa, ia tidak mengganggu normal task kita,"
Dalam pada itu katanya, jawatan Isa yang dilantik sebagai Pemangku Pengerusi bukan eksekutif tidak memerlukan dia untuk berada di ibu pejabat suruhanjaya itu secara sepenuh masa.
"Terpulang pada dia bila-bila sahaja sebab dia bukan pengerusi eksekutif. Jadi ia tidak diperlukan untuk dia berada di pejabat setiap hari. Terpulang pada dia. Sekarang sudah senang ada whatsapp pun ada," jelasnya.
19 Jun lalu, Tan Sri Isa Samad mengumumkan pengunduran T sebagai pengerusi syarikat itu berkuat kuasa serta-merta.
Semalam, Mahkamah Majistret Putrajaya membebaskan bekas Pengerusi FGV itu selepas direman lima hari sejak rabu lepas bagi membantu siasatan kes pembelian hotel Felda Investment Corporation (FIC) di Kensington, London.
Topic Berkaitan
#FGV
#isa samad nancy shukri
#Mohd Isa Abdul Samad
#siasatan
#SPAD
#spim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan