awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk hari ketiga

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2025
02:10 MYT
Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk hari ketiga
Ahli Parlimen Bera itu tiba dengan menaiki kenderaan berwarna hitam jenis Vellfire sambil diiringi polis pengiring. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pukul 9.52 pagi pada Isnin.
Beliau hadir bagi hari ketiga merakam keterangan berhubung proses siasatan melibatkan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Ahli Parlimen Bera itu tiba dengan menaiki kenderaan berwarna hitam jenis Vellfire sambil diiringi polis pengiring.
Ismail Sabri dilihat memakai pakaian kot berwarna hitam, beliau sempat melambai kepada pengamal media yang berkampung di luar perkarangan ibu pejabat SPRM sebelum masuk ke dalam untuk mula merakam keterangan
Pada minggu lalu, Ismail Sabri memberikan keterangan selama lima jam pada Khamis dan hampir enam jam pada Jumaat.
Beliau kemudian diarah untuk kembali semula pada Isnin bagi melengkapkan pengumpulan bukti berkaitan kes, selain terdapat beberapa dokumen yang perlu melalui proses justifikasi.
Pada 3 Mac lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah, susulan penemuan wang tunai pelbagai mata wang dan jongkong emas yang secara keseluruhannya berjumlah RM177 juta.
Penemuan itu dibuat menerusi serbuan di tiga premis, termasuk sebuah 'safe house' di sekitar ibu negara yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan berkenaan.
SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun bank bagi membantu siasatan kes.
Untuk rekod, Ismail Sabri pada 11 Februari lalu disoal siasat selama lima jam di ibu pejabat SPRM berhubung perbelanjaan ratusan juta ringgit yang dibelanjakan untuk perbelanjaan promosi dan publisiti semasa pentadbirannya dari 2021 hingga 2022.
Ismail Sabri dalam satu kenyataan pada Khamis lalu berkata dia akan memberikan kerjasama ketika siasatan dijalankan.
“Saya akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa hingga siasatan selesai," katanya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#SPRM
#kes rasuahn
#pengubahan wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan