THE HAGUE (Belanda): Israel mesti terlebih dahulu berhenti daripada terus mencabuli undang-undang antarabangsa serta setiap elemen teras dalam hak rakyat Palestin untuk menubuhkan tanahair sendiri, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Dalam kenyataan lisan Malaysia pada sesi pendengaran awam berhubung isu Palestin di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda pada Khamis (waktu tempatan), Mohamad berkata Israel mesti menghentikan semua "dasar dan amalan" berkaitan dan serta-merta berundur dari Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT).
Kedua, beliau berkata Israel wajib berjanji dan memberikan jaminan untuk tidak mengulangi perbuatan itu.
"Dan ketiga, Israel dipertanggungjawabkan untuk menawarkan pemulihan penuh supaya keadaan kembali kepada asal. Ini bermakna ia mesti benar-benar melaksana dan melakukan pindaan perundangan, termasuk menghapuskan atau menarik balik semua langkah perundangan yang bertentangan dan peraturan yang diluluskan sebelum ini bagi kawasan OPT," katanya.
Mohamad berkata Israel perlu menawarkan pampasan bagi segala bentuk kemusnahan material dan moral yang berpunca daripada pencabulan hak rakyat Palestin, meskipun pada hakikatnya pampasan itu tidak dapat benar-benar memulihkan sepenuhnya keadaan.
Lebih 50 negara membentangkan hujah mereka mengenai akibat perundangan berhubung pendudukan Israel di Palestin pada sesi pendengaran awam itu yang bermula Isnin.
Mohamad memulakan pembentangannya dengan membicara secara ringkas bidang kuasa dan budi bicara Mahkamah bagi memenuhi permintaan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), disusuli pendirian Malaysia berkaitan kesahihan "dasar dan tindakan" Israel di OPT.
Di akhir pembentangan itu, beliau menggariskan mengenai kesan perundangan yang timbul ke atas Israel, negara-negara lain dan PBB, disebabkan pencabulan Israel secara terang-terangan terhadap hak rakyat Palestin.
Hujahan Malaysia menegaskan bahawa "dasar dan tindakan" Israel hanyalah untuk menguasai Wilayah Diduduki (OPT), kaedah untuk menguatkuasakan pendudukannya.
Hujahan itu juga menyenaraikan empat elemen substantif utama hak untuk menubuhkan negara sendiri bagi rakyat Palestin - hak terhadap integriti wilayah, hak terhadap kesatuan wilayah dan perlindungan terhadap integritinya, hak terhadap kedaulatan kekal ke atas kekayaan dan sumber semulajadi, dan kebebasan untuk menikmati pembangunan ekonomi, sosial, dan budaya.
Beliau menegaskan, kesan dan akibat perundangan ke atas Israel yang mencabuli Palestin pada prinsipnya adalah setara dengan apa juga akibat yang terpaksa dihadapi oleh mana-mana negara lain yang melanggar undang-undang antarabangsa sekecil mana pun.
Semua negara mesti bekerjasama untuk menamatkan menerusi kaedah perundangan pencabulan hak rakyat Palestin dalam menubuhkan negara sendiri dan diikuti menamatkan pendudukan wilayah itu oleh Israel, katanya.
Seterusnya, semua negara seharusnya tidak mengiktiraf pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin, katanya.
Akhirnya beliau berkata semua negara tidak sepatutnya menghulurkan sebarang bentuk bantuan dan pertolongan kepada Israel dalam usahanya menidakkan hak Palestin.
Malaysia juga menegaskan mengenai kewajipan semua negara dunia untuk terus menyokong Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin dan sebaliknya menghentikan sebarang bantuan kewangan atau ketenteraan kepada Israel.
"Bagi kesan perundangan yang timbul dalam konteks PBB, ia tidak lain daripada tanggungjawabnya untuk melaksanakan kewajipan hakikinya terhadap isu Palestin, termasuk dalam memastikan UNRWA dapat berfungsi dengan berkesan," katanya.
Mohamad berkata PBB mesti terus menjadi forum kerjasama bagi membolehkan negara-negara melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menamatkan pencabulan hak dan pendudukan wilayah Palestin.
Menteri Luar itu mengetuai delegasi Malaysia di ICJ berhubung permintaan untuk Pendapat Nasihat berkaitan kesan perundangan yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki termasuk Baitulmaqdis Timur.
Pendapat Nasihat merupakan satu proses penting bagi memperolehi nasihat perundangan daripada ICJ, badan kehakiman PBB, selaras dengan Artikel 96 Piagam PBB dan Artikel 65 Statut ICJ.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Mohamad (kiri) mewakili Malaysia membentangkan hujah mengenai akibat perundangan berhubung pendudukan Israel di Palestin pada sesi pendengaran awam ICJ di The Hague pada Khamis. - Foto Facebook Mohamad Hasan
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
PRK Kuala Kubu Baharu: Komponen BN bertanggungjawab bantu calon Kerajaan Perpaduan
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tanggungjawab itu perlu dilaksana kerana BN adalah sebahagian Kerajaan Perpaduan.
Konflik Iran-Israel: Tiada keperluan mendesak bawa pulang rakyat Malaysia di Iran, Lubnan dan Jordan
Wisma Putra sentiasa memantau rapi keadaan rakyat Malaysia di tiga negara terbabit, dan tindakan membawa mereka kembali ke tanah air hanya akan dibuat jika mendapat arahan MKN.
PRK Kuala Kubu Baharu: Parti komponen BN perlu bantu calon Kerajaan Perpaduan - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata ini kerana BN menghormati sistem yang diperakukan sebelum ini bahawa parti penyandang akan diberi keutamaan untuk meletakkan calon bertanding dalam PRK.
Mangsa sindiket penipuan pekerjaan disoal siasat - Mohamad
Rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan akan disoal siasat oleh pihak berkuasa bagi memastikan mereka benar-benar mangsa dan bukannya dalang.
Wisma Putra sedia bantu bawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia maut di New Zealand
Wisma Putra bersedia membantu menguruskan dan membawa pulang jenazah dua pelajar Malaysia yang maut dalam nahas jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand hari ini.
Kementerian Luar rai duta, perwakilan asing dalam majlis berbuka puasa
Menteri Luar rai perwakilan asing, duta dan warga kementerian dalam satu majlis berbuka puasa, malam tadi.
PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mohamad
Keputusan sama ada BN bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada PRN Sabah akan diputuskan di peringkat pusat.
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.
Malaysia terima 348 penilaian susulan pembentangan UPR Keempat di Geneva
Malaysia menerima sebanyak 348 penilaian daripada 130 negara susulan pembentangan laporan negara dalam sesi Penilaian Berkala Sejagat (UPR) Keempat, Januari lepas.