awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China

Bernama
Bernama
23/04/2024
05:00 MYT
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Mohamad (foto) akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan pelbagai isu melibatkan kepentingan bersama. -Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasmi ke China dari 23 hingga 25 April ini, yang pertama sejak beliau memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kementerian Luar dalam kenyataan pada Selasa berkata Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Pertemuan tersebut akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk menilai kemajuan kerjasama dua hala dan meneroka bidang kolaborasi baharu, menurut kenyataan itu.
Lawatan ini amat penting kerana Malaysia dan China meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tahun ini serta ulang tahun ke-11 penaiktarafan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013, menurutnya.
Mohamad juga dijadualkan bertemu dengan Liu Jianchao, Menteri Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat dan pegawai-pegawai kanan lain dari Parti Komunis China serta akan mengadakan sesi libat urus dengan diaspora Malaysia.
China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia untuk lima belas tahun berturut-turut. Pada tahun 2023, jumlah dagangan antara Malaysia dan China bernilai RM450.84 bilion (USD98.80 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#Kementerian Luar
#Lawatan rasmi ke China
#wang yi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan