awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel perlu diusir dari PBB - Mukhriz

Hilmi Malik
Hilmi Malik
18/10/2023
15:03 MYT
Israel perlu diusir dari PBB - Mukhriz
MUkhriz menegaskan, Israel merupakan negara yang tidak sepatutnya berada di dalam PBB ketika mereka terus melakukan kezaliman terhadap Palestin. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Israel merupakan negara yang tidak sepatutnya berada di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika mereka terus melakukan kezaliman terhadap Palestin.
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kemusnahan yang sedang berlaku di Gaza seperti tidak diendahkan rejim Zionis itu sejak sekian lama.
Dalam masa sama, beliau sendiri berpendapat bahawa organisasi PBB itu sendiri perlu berlaku adil terhadap apa yang sedang menimpa Palestin.
"Israel meruapakan negara yang tidak endahkan undang-undang dunia dan disebabkan ini, ia (Israel) perlu diusir sebagai ahli PBB.
"PBB perlu ubah menjadi organisasi yang berlaku adil kepada semua dan saya sarankan Majlis Keselamatan PBB itu dimansuhkan kerana tidak datangkan sebarang kesan terhadap penindasan yang dilakukan Israel," katanya.
Beliau ditemui ketika menghadiri himpunan protes terhadap serangan hospital Gaza di sini, pada Rabu.
Bercakap mengenai tindakan Malaysia, beliau yang juga merukapan Presiden Pejuang itu berkata, negara perlu lebih tegas menyuarakan isu berkenaan di forum-forum antarabangsa.
Ujarnya, negara-negara barat perlu sedar bahawa sokongan terhadap Israel tidak mendatangkan sebarang impak positif malah lebih kepada memudaratkan rakyat-rakyat negara mereka.
Sebelum itu, sekitar 100 peserta perhimpunan berhimpun di sekitar kedutaan Amerika Syarikat bagi mengutuk serangan Israel yang menyasarkan hospital di Gaza baru-baru ini.
Serangan tidak berperikemanusiaan itu telah meragut lebih 500 nyawa termasuk bayi dan juga warga emas yang sedang dirawat.
Topic Berkaitan
#Israel
#PBB
#kezaliman
#Palestin
#Mukhriz Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan