awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Istana Pahang perlu masa kenali semua ADUN sebelum angkat sumpah MB'

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
12/05/2018
09:26 MYT
'Istana Pahang perlu masa kenali semua ADUN sebelum angkat sumpah MB'
TENGKU ABDULLAH: Tidak ada masalah jika saya nak tangguh (angkat sumpah). Saya perlukan sedikit masa untuk kenali semua anggota kerajaan, itu sahaja. - BERNAMA/Fail
Pihak Istana Pahang memerlukan masa untuk mengenali semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru menerima mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di negeri itu sebelum menjalankan majlis angkat sumpah Menteri Besar.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah tiada masalah timbul untuk menubuhkan kerajaan negeri tetapi proses mengenal pasti semua ADUN adalah sesuatu yang perlu dilakukan.
Tengku Abdullah turut mengadakan perjumpaan secara berasingan bersama 42 ADUN Pahang, yang terdiri daripada 25 wakil Barisan Nasional (BN), sembilan dari Pakatan Harapan dan lapan dari Pas, di Istana Abdul Aziz, Kuantan semalam yang menjadi kelaziman setiap kali selepas PRU.
"Tidak ada masalah jika saya nak tangguh (angkat sumpah). Saya perlukan sedikit masa untuk kenali semua anggota kerajaan, itu sahaja.
"Perjumpaan semalam, tidak ada agenda lain selain hanya hendak berkenal-kenalan, hendak kenal pasti yang mana muka lama, muka baharu, masing-masing di kawasan mana, itu sahaja," titah baginda.
Tengku Abdullah ditemui pemberita selepas selesai menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat Kebesaran Pahang sempena memuliakan ulang tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah kepada 189 penerima di Istana Abu Nakar, Pekan hari ini.
Majlis pelantikan Menteri Besar Pahang sepatutnya berlangsung serentak dengan istiadat berkenaan.
Bagaimanapun, ia ditangguhkan dan dijangka dijalankan sebelum bermulanya bulan Ramadan minggu depan.
Baginda juga tidak menolak kemungkinan penangguhan itu membolehkan lantikan dilakukan serentak dengan pelantikan Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Bangunan Wisma Sri Pahang, dimana Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang diadakan
Topic Berkaitan
#ADUN Pahang
#Ahli Dewan Undangan Negeri
#Istana Pahang
#Menteri Besar
#Pahang
#Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan