awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemasukan awal tahun satu wajar, laluan khas pelajar bersedia
Dua keluarga dipindahkan, empat hektar tanah gambut terbakar
'Alhamdulillah' - PM sambut positif pengukuhan ringgit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri bekas PTD didakwa di mahkamah Kuala Terengganu hari ini

Bernama
Bernama
26/01/2026
01:35 MYT
Isteri bekas PTD didakwa di mahkamah Kuala Terengganu hari ini
Salwani didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5,000 tahun lepas. -- fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Isteri kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Salwani Anuar@Kamaruddin, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini atas pertuduhan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram.
Wanita berusia 27 tahun itu tiba sendiri di pekarangan mahkamah pada 8.25 pagi dengan berpakaian kemeja putih dan bertudung hitam, serta menggunakan kerusi roda untuk memasuki bangunan mahkamah kerana dilaporkan menghidap bisul kronik pada bahagian paha.
Pada Khamis (22 Jan) lepas, Salwani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM77,000 dan dibenarkan diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin oleh Hakim Rosli Ahmad.
Pada 7 Jan lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Parasit menahan seorang pegawai kanan bersama dua isterinya berhubung siasatan terhadap projek perolehan tender Tentera Darat.
Keesokan harinya, pegawai berkenaan direman selama tujuh hari, manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman selama tiga dan enam hari.
Siasatan SPRM terhadap kes itu bermula sejak 7 Okt 2025 dan disifatkan sensitif kerana melibatkan pegawai berpangkat tinggi serta kepentingan awam.
Pada 23 Dis 2025, sepasukan pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Hafizuddeain Jantan
#isteri bekas PTD
#Rasuah
#Kuala Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan