KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengakui tindakannya menaiki pesawat tanpa pemandu yang dikuasakan bahan api penerbangan mampan (SAF) dari sini ke Langkawi baru-baru ini, mendapat tentangan daripada isterinya, Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang.
Abang Johari berkata isterinya berusaha memujuk agar beliau tidak meneruskan hasrat untuk mengikuti penerbangan ujian pesawat Airbus itu yang menggunakan SAF yang berasaskan mikroalga dan pengeluarannya masih dalam percubaan.
"Sudah tentu isteri saya tidak menggalakkan saya pergi kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Tetapi yang itu (apa pun yang berlaku), saya serahkan kepada Tuhan," katanya ketika berucap merasmikan pelancaran Simposium dan Pameran Tenaga Hijau Antarabangsa 2023 di sini.
Menurutnya semasa penerbangan itu beliau berkesempatan meninjau dek penerbangan pesawat dan terkejut kerana tiada peranti untuk mengoperasikan pesawat Airbus generasi terbaharu itu secara manual.
"Tiada apa-apa. Semua dilakukan menggunakan butang (suis). Pesawat berlepas sendiri...maksudnya tanpa pemandu. (Pesawat) juga mendarat dengan sendiri," katanya
Abang Johari berkata beliau telah bertanya kepada juruterbang tentang bagaimana mereka menangani situasi jika ada sesuatu tidak kena berlaku pada pesawat itu.
"Mereka (juruterbang) berkata ia akan diambil alih oleh satu lagi sistem dalam pesawat itu. Kemudian pesawat akan selamat...anda juga akan selamat," katanya
Menurutnya pesawat tanpa pemandu berkenaan bergerak melepasi pesawat lain selepas diberi keutamaan mendarat di pulau peranginan itu, sebelum beliau terlibat dalam beberapa majlis menandatangani memorandum persefahaman yang diadakan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) baru-baru ini.
Abang Johari berkata pengalaman yang dilaluinya itu membuatkan beliau terfikir bahawa SAF dan pembangunan penerbangan tanpa pemandu akan menjadi pengubah keadaan dalam industri penerbangan dengan Sarawak boleh memainkan peranan penting.
Beliau berkata sumber semula jadi yang banyak dimiliki Sarawak boleh digunakan untuk menjana pengeluaran tenaga hijau, dengan setakat ini negeri itu telah berjaya dalam pengeluaran tenaga solar dan hidroelektrik, dengan kuasa angin dan mikroalga.
"Yang terbaru menghasilkan tenaga (bahan api) untuk pesawat menggunakan mikroalga. Melalui penggunaan teknologi ini dan penyelesaian digital bagi menghasilkan hidrogen, bahan api penerbangan mampan dan banyak lagi, saya fikir kita boleh mencari penyelesaian alternatif kepada persoalan (mencari sumber baharu) tenaga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika melawat tapak pameran pada perasmian Green Energy Symposium (GESS) 2023 & Solar Testbed di Centexs hari ini. - Foto BERNAMA
251 bakal mahasiswa Lahad Datu terima wang pendahulun pinjaman PTPTN
Di Lahad Datu, seramai 251 orang pelajar telah menerima wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN berjumlah RM1500 sebagai perbelanjaan persiapan awal pelajar bagi memasuki IPT.
KUSKOP maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud, mohon peruntukan Belanjawan 2024
Menteri Pembanbgunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ambil maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud dan tamu lain seluruh negara dan telah memohon peruntukan di bawah Belanjawan 2024 bagi menyelesaikannya.
Realiti Tamu Kota Belud, serba daif, pengunjung makin kurang
Peniaga Tamu Kota Belud hampir patah semangat mengenangkan nasib mereka yang terpaksa mencari sesuap nasi di tapak niaga yang serba daif dan kurang pengunjung sejak empat tahun lalu.
Banjir Limbang: PPS Dewan Masyarakat Medamit ditutup
Setakat jam tiga petang Ahad mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Buluh Balui, Limbang menyusut kepada 11 orang berbanding 16 pada 12 tengah hari.
19 penghuni tiga rumah di Kg Nangka tinggal sehelai sepinggang
Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran dI Kampung Nangka, Sibu pada Ahad.

2 ditahan disyaki terlibat pergaduhan di Desaru International Bike Week
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah SKSSR Perkeso sehingga 10 Sept lepas.

Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis menahan sembilan lelaki yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.

Polis tahan lelaki campak tong cat, kunci pagar masjid
Polis menahan seorang lelaki dipercayai melakukan perbuatan khianat dengan mengunci pintu pagar dan mencampakkan satu tong cat putih di Masjid Jamek Qaryah Taman Kucai, Kulim 19 September lalu.

JKDM diarah pastikan institusi kehakiman syariah tegak keadilan - Mohd Na'im
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diarahkan untuk memastikan institusi kehakiman syariah itu berfungsi dalam menegakkan keadilan.

Isteri halang saya naiki pesawat ujian SAF - Abang Johari
Abang Johari berkata isterinya berusaha memujuk agar beliau tidak meneruskan hasrat untuk mengikuti penerbangan ujian pesawat Airbus itu.