MALAYSIA
Isteri Pengarah Maju Holdings didakwa terlibat pengubahan wang haram RM67.1 juta

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 November. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Isteri kepada Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM67.1 juta.
Ringkasan AI
- Puan Sri Noor Azrina Mohd Azmi, isteri kepada Tan Sri Abu Sahid Mohamed, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM67.1 juta.
- Beliau didakwa menerima wang daripada akaun suaminya ke dalam akaun sendiri antara Mac hingga November 2017, dan berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun serta denda besar jika sabit kesalahan.
- Mahkamah membenarkan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 3 November, serta mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib, memaklumkan kepada mahkamah bahawa kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun mencadangkan ikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin, sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara. Beliau turut memohon syarat tambahan supaya tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Noor Azrina tidak membantah cadangan tersebut.
Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad, kemudian membenarkan ikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan sebutan semula kes pada 3 November depan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami