awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara

Bernama
Bernama
31/01/2024
03:26 MYT
Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara
Sultan Ibrahim berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Dataran Istana Negara, hari ini.
KUALA LUMPUR: Istiadat ketenteraan penuh tradisi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebaik tiba di Dataran Istana Negara hari ini.
Sultan Ibrahim yang tiba di Istana Negara pada 10.40 pagi untuk menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sultan Ibrahim kemudian menerima Hormat Diraja daripada pasukan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota yang diketuai Mej Nurul Fauzan Md Sabri di Dataran Istana Negara.
Serentak dengan itu, Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dengan 40 anggota yang dipimpin Lt Muhamad Fauzee Japar memainkan lagu Negaraku sebelum Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Pemerintah Tertinggi ATM berkenan memeriksa KKU berkenaan.
Selesai istiadat di Dataran Istana Negara, Sultan Ibrahim berangkat memasuki Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) bersempena dengan Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Akuan Sumpah Memegang Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#Agong Kita
#Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan