awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Jenayah Siber dijangka dibentangkan Mac ini - Ahmad Zahid
Lagi pegawai kanan tentera ditahan, disyaki terlibat rasuah
Dakwaan salah laku dan rasuah, Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Azam Baki: Aktivis Adam Adli dipanggil beri keterangan - Polis

Bernama
Bernama
20/01/2022
10:53 MYT
Isu Azam Baki: Aktivis Adam Adli dipanggil beri keterangan - Polis
Adam Adli (kanan) ditemani peguamnya Syahredzan Johan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. - Kredit foto: Twitter/@syahredzan
KUALA LUMPUR: Aktivis Adam Adli Abdul Halim hari ini dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan #TangkapAzamBaki yang dijadualkan berlangsung di ibu negara, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata aktivis itu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung artikel yang disiarkan sebuah portal pada 14 Jan lepas berkaitan penganjuran perhimpunan di Dataran Merdeka.
"Adam Adli diminta memberi keterangan berhubung penganjuran itu serta disiasat di bawah Seksyen 502 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Bernama hari ini.
BACA: Azam Baki ada kawalan penuh ke atas akaun dan aktiviti jual beli dagangan - SC
BACA: Isu Azam Baki: 'Terima keputusan SC, tak boleh ikut kehendak sendiri sahaja' - Ismail Sabri
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Dewan Rakyat tolak usul bahas isu pemilikan saham Azam Baki
Terdahulu, Adam Adli yang ditemani peguamnya Syahredzan Johan hadir pada pukul 2.30 petang dan meninggalkan IPD berkenaan 45 minit kemudian.
Sebelum ini media melaporkan bahawa satu perhimpunan akan diadakan oleh pihak tertentu bagi menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki meletakkan jawatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adam Adli
#Isu Azam Baki
#Azam Baki
#TangkapAzamBaki
#perhimpunan
#IPD Dang Wangi
#Polis Daerah Dang Wangi
#ACP Noor Dellhan Yahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan