awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Azam Baki: Beberapa ahli Parlimen pembangkang, aktivis politik dipanggil polis

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
27/01/2022
14:58 MYT
Isu Azam Baki: Beberapa ahli Parlimen pembangkang, aktivis politik dipanggil polis
PDRM memanggil empat ahli Parlimen pembangkang untuk dirakam percakapan berhubung isu melibatkan pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil empat ahli Parlimen pembangkang untuk dirakam percakapan berhubung isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan kepada media pada Khamis.
BACA: Himpunan aman: Guna peruntukan undang-undang untuk adili Azam Baki - Hamzah
BACA: Mesyuarat Khas Parlimen: Dewan Rakyat tolak usul bahas isu pemilikan saham Azam Baki
Fahmi dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Datuk Maria Chin dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 9.30 pagi esok (28 Januari) susulan penerimaan memorandum melibatkan saham Azam Baki.
Manakala, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dipanggil ke lokasi dan isu sama pada jam 12.30 tengah hari Sabtu.
Selain itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok juga dipanggil ke IPD Brickfields bagi isu melibatkan Perhimpunan #TangkapAzamBaki pada jam 3 petang esok.
BACA: Alhamdulillah, syukur" - Reaksi Azam Baki susulan keputusan Suruhanjaya Sekuriti
BACA: Azam Baki ada kawalan penuh ke atas akaun dan aktiviti jual beli dagangan - SC
Sementara itu, Fahmi turut memaklumkan, ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran; ADUN Ketari, Young Syefura Othman; ADUN Kg Tunku, Lim Yi Wei serta lebih 30 aktivis politik lain turut dipanggil bersama Teresa Kok ke IPD Brickfields jam 3 petang Jumaat berkenaan himpunan #TangkapAzamBaki.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#perhimpunan
#Polis Diraja Malaysia
#SPRM
#PDRM
#ahli Parlimen
#isu pemilikan saham
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan