awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Batu Puteh: Malaysia tunggu jawapan Singapura

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
15/05/2017
04:52 MYT
Isu Batu Puteh: Malaysia tunggu jawapan Singapura
Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan kedaulatan Batu Puteh (gambar) adalah milik Singapura, manakala Batuan Tengah diputuskan milik Malaysia. - Gambar fail
Malaysia masih menunggu jawapan balas Singapura berhubung permohonan semakan semula negara terhadap penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, Singapura dijangka berbuat demikian sebelum 14 Jun ini.
"Sekarang saya ada lima penyelidik di London sedang bekerja setiap hari dan ia belum habis lagi sebab ada ribuan dokumen perlu disemak dalam arkib.
"Mereka sedang melakukan penyelidikan sekarang," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan majlis pembukaan Mesyuarat Pegawai Kanan Undang-undang ASEAN (ASLOM) ke-17 di sini hari ini.
Kerajaan Malaysia melalui Peguam Negara pada 2 Febuari lalu telah memfailkan permohonan bagi semakan terhadap keputusan ICJ dalam kes mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Permohonan itu dibuat Malaysia selepas penemuan beberapa fakta yang menjadi faktor penentu.
Sebelum itu, apabila penghakiman disampaikan, fakta tersebut tidak diketahui oleh mahkamah dan juga Malaysia, sebagai pihak yang memohon semakan.
Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan kedaulatan Batu Puteh adalah milik Singapura, manakala Batuan Tengah diputuskan milik Malaysia.
Tubir Selatan pula akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Keadilan Antarabangsa
#Mohamed Apandi Ali
#Pulau Batu Puteh
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan