awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Isu dadah masalah kita bersama' - Shamsul Anuar

Astro Awani
Astro Awani
16/07/2023
07:40 MYT
'Isu dadah masalah kita bersama' - Shamsul Anuar
Shamsul Anuar (tengah) bersama Sutekno menyantuni keluarga klien dalam komuniti AADK bagi menzahirkan sokongan kepulihan sepanjang hayat. - Foto/ AADK
KUALA LUMPUR: Usaha membanteras isu penagihan dadah dan substan pada masa ini tidak hanya terletak kepada agensi penguat kuasa seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) semata-mata, sebaliknya perlu digerakkan secara bersama khususnya komuniti setempat dan institusi keluarga.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, langkah menyeluruh itu bagi memastikan isu penagihan dadah dapat dikawal secara komprehensif dan bersasar.
Beliau berkata, tindakan itu dibuat dengan mengambil kira dapatan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2020 yang mendapati sebanyak 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penagih dadah masih tinggal bersama keluarga.
“Daripada dapatan kajian itu juga menunjukkan, setiap 100 orang belia di negara ini, enam orang mengaku pernah mengambil dadah, manakala 4 orang mengaku masih aktif mengambil dadah pada tempoh kajian dijalankan.
“Ini yang amat membimbangkan semua pihak dan memerlukan tindakan kolaboratif baik kerajaan, pihak berkuasa lain, pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan keluarga,” katanya ketika berucap merasmikan Program Hari AADK Bertemu Masyarakat bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri di Lenggong, pada Ahad.
BACA: 1.097 juta penagih dikesan, jualan dadah 'online' makin popular - AADK
Turut hadir Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon dan Pengarah AADK Negeri Perak, Mohd Azizi Salleh.
Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata AADK menganggarkan 1.09 rakyat Malaysia terlibat dengan aktiviti penagihan dadah.
Daripada jumlah itu, seramai 1,051,712 adalah lelaki manakala wanita berjumlah 45,696.
Lebih membimbangkan, kebanyakan golongan yang terlibat dengan aktiviti tidak bermanfaat ini adalah golongan belia yang berumur 15 hingga 29 tahun.
Justeru, beliau berkata pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian dan tepat perlu digerakkan bagi memastikan tindakan seperti pencegahan awal dapat dilakukan untuk membendung aktiviti penagihan.
Selain itu, katanya aktiviti yang bersasar seperti yang dijayakan hari ini iaitu Program Ride Against Drugs 3.0 @ Lenggong, pertandingan futsal serta bola jaring antara usaha yang boleh diteruskan untuk menarik minat golongan muda mengamalkan gaya hidup sihat.
Topic Berkaitan
#Statistik penagih dadah
#AADK
#Shamsul Anuar Nasarah
#peranan komuniti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan