Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Perak, Prof Dr Abdul Aziz Bari meminta ibu bapa murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Keruh Pengkalan Hulu yang mendakwa didera secara fizikal dan seksual oleh guru, tampil menemuinya.
Beliau berkata, perkara itu perlu sekiranya ibu bapa terbabit masih mahu meneruskan tuduhan terhadap sekolah berkenaan yang dilakukan oleh mereka tanpa mengemukakan bukti kukuh termasuk laporan perubatan.
"Saya difahamkan ibu bapa pelajar itu tidak mahu memberi kerjasama kepada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak apabila diminta untuk datang menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah itu, di sini pada Jumaat.
Abdul Aziz berkata berdasarkan penjelasan guru besar SJKT Keruh M. Selvarani hari ini, tuduhan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Justeru itu katanya beliau mencadangkan agar sekolah berkenaan mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu bapa terbabit dan kerajaan negeri akan membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah tersebut.
Abdul Aziz berkata pihaknya memandang serius tuduhan itu dan akan terus memantau isu tersebut sehingga selesai kerana tidak mahu sekolah atau institusi pendidikan lain diganggu oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Pada 7 Ogos lalu, Pejabat Penyelaras BN bagi Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu menerima aduan daripada wakil pelajar berhubung dakwaan salah laku guru terhadap murid sehingga ada yang tidak berani hadir ke sekolah.
Antara dakwaan yang dibuat ialah beberapa murid sekolah berkenaan mengalami kecederaan fizikal selain gangguan emosi dan seksual yang dilakukan oleh guru sekolah berkenaan.
Dakwaan tersebut kemudian dipanjangkan kepada media oleh pejabat penyelaras terbabit menerusi aplikasi WhatsApp.
Turut dinyatakan wakil kepada ibu bapa murid yang terlibat turut membuat laporan polis. -- Bernama
Bernama
Fri Aug 17 2018
ABDUL AZIZ: Ibu bapa murid berkenaan harus tampil menemuinya jika mereka mahu meneruskan tuduhan mereka terhadap sekolah itu.
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Nahas helikopter: CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pusat berkenaan mula diaktifkan pada pukul 10.20 pagi bagi penyelarasan operasi menyelamat.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
Rumah nenek jadi stor dadah
Siasatan awal mendapati suspek yang bertindak sebagai penjaga stor bekalan dadah itu sejak Disember lalu.
Nahas helikopter: Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah
Tragedi berkenaan memberi kesan yang mendalam kepada keluarga ATM dan kehilangan besar buat negara, kata Anwar.
Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari
Sejak dimasukkan ke hospital, Allahyarham terus tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas 44 hari menjalani rawatan.
Inter Milan ungguli Serie A buat kali ke-20
INTER Milan berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan Serie A kedua dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 2021.
Nahas helikopter: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Lembaga Siasatan akan mengenal pasti punca dua helikopter berkenaan terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Kalimah Allah: Takiyuddin 'kambinghitamkan' saya - Aziz Bari
Aziz Bari menyifatkan kenyataan dibuat Takiyuddin yang mengaitkan dirinya dengan kes penggunaan kalimah Allah sebagai mahu menjadikan beliau sebagai 'kambing hitam'.
PRU15: Bukan Aziz Bari sahaja, isteri dia pun boleh bertanding - Ahmad Faizal
Sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sesiapa sahaja berhak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), termasuk di kerusi Parlimen Tambun.
Isu keabsahan bukan keperluan undang-undang, cuma asas moral kepada kedudukan PM - Aziz Bari
Menurut beliau, apa yang menjadi persoalan ialah isu yang lebih bersifat politik atau asas moral kepada pelantikan dan kedudukan Perdana Menteri.
Kalimah Allah: Aziz Bari buat laporan polis
Laporan itu dibuat susulan penyebaran poster kononnya beliau dan DAP punca kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.
"Tidak tahu, tidak dimaklumkan" - Aziz Bari nafi jadi dalang jatuhkan Faizal Azumu
ADUN Melayu tunggal dari DAP di Perak itu turut mengesahkan bahawa pimpinan DAP negeri dan pusat tidak pernah menyatakan kepadanya sebarang hasrat parti itu untuk merampas kerusi Menteri Besar.
Saya tidak akan menangis - Aziz Bari
Exco Perak dari DAP, Dr Abdul Aziz Bari berkata, beliau tidak akan menangis sekiranya terpaksa melepaskan jawatan pada bila-bila masa.
SPRM disaran siasat 40 MP UMNO akan sertai Bersatu
SPRM disaran menyiasat dakwaan 40 Ahli Parlimen UMNO diramal keluar parti dan menyertai Bersatu bagi mengelakkan kemungkinan terdapatnya unsur rasuah.
Pemberian hak milik kekal tanah terkandung dalam manifesto PH
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari berpendapat tidak wujud sebarang desakan berkaitan isu status hak milik tanah 999 tahun kampung-kampung
UMNO dan Pas lebih baik tidak bersatu - Zuhdi
Pas memerlukan UMNO menjadi pembangkang yang kuat di Kelantan dan Terengganu.