KUALA LUMPUR: Usaha menangani isu kemiskinan tegar akan dijadikan sebagai agenda utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam Belanjawan 2023 nanti.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata usaha itu merupakan satu keutamaan kepada Kerajaan Perpaduan, selain menjadi agenda nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita sasar untuk menyelesaikan isu ini, golongan miskin tegar yang jika mengikut statistik berjumlah hampir 127,000 di seluruh negara. Jadi kumpulan sasar inilah yang kita akan utamakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran bakeri Kafe Paris Baguette di Pavilion, Bukit Bintang, semalam.
Beliau berkata kementeriannya telah memohon peruntukan bagi menyantuni golongan miskin tegar, dan beliau berharap ia diberi perhatian oleh Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2023 nanti.
Sementara itu semasa mengulas mengenai mesyuarat parti Amanah kelmarin, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden parti berkata Amanah sudah mula menggerakkan jenteranya untuk mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN).
"Langkah seterusnya adalah untuk kita PH (Pakatan Harapan) adakan mesyuarat awal dengan pihak Barisan Nasional (BN) supaya kita dapat selesaikan isu seperti kerusi (pembahagian), jadi kita telah mula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023

Salahuddin berucap sebelum merasmikan pelancaran bakeri Kafe Paris Baguette di Pavilion Kuala Lumpur, Bukit Bintang, semalam. --fotoBERNAMA

Kira-kira 5,000 pekerja sektor awam sertai mogok
Ribuan pekerja sektor awam termasuk kakitangan hospital menyertai mogok di Brandenburg Gate pada Sabtu bagi mendesak kenaikan gaji.

Kamala tiba di Ghana, mulakan lawatan seminggu di Afrika
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris tiba di Accra, Ghana pada Ahad sekali gus memulakan lawatan seminggunya ke benua Afrika yang pastinya akan menarik perhatian umum memandangkan beliau naib presiden wanita kulit hitam pertama Amerika Syarikat melawat benua itu.

Do Kwon ditahan selepas enam bulan larikan diri
Pengasas syarikat mata wang kripto, Terraform Labs iaitu Do Kwon akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa Montenegro pada Sabtu selepas notis merah dikeluarkan oleh Interpol pada Oktober tahun lalu.

Tiada pakatan ketenteran antara Rusia dan China
Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan tiada sebarang pakatan ketenteraan antara Rusia dan China.

Pelakon Jonathan Majors ditahan atas dakwaan serangan
Bintang filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Jonathan Majors ditahan polis pada Selasa atas dakwaan keganasan rumah tangga. Dia ditahan di bandar New York kerana didakwa menyerang seorang wanita berusia 30 tahun di sebuah kejiranan di Chelsea, Manhattan

Pelajar 14 tahun muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda di Kelantan
Seorang pelajar berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda setakat ini di Kelantan. Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustaman, atau lebih dikenali sebagai Piya, membayar zakat perniagaan sebanyak RM10 ribu bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Khamis lepas.

Bekalan ayam mencukupi hingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara dijangka mencukupi sehingga Hari Raya Aidilfitri berdasarkan data diperoleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kanak-kanak lelaki cedera di kepala tersepit lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini. Kejadian berlaku di sebuah lif pangsapuri Blok C PPR Hicom Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26 Shah Alam pada jam 7.30 petang tadi.

MOFA teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Kementerian Luar sedang meneliti cadangan membuka semula beberapa Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara bergolak sebelum ini akibat perang yang berlaku.Menurut Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, satu pasukan telah diwujudkan bagi meneliti semua aspek keperluan pembukaan semula kedutaan itu sebelum keputusan dibuat.

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.

Terdapat penurunan bekalan telur ayam di Terengganu pada Ramadan - KPDN
KPDN Terengganu mengakui terdapat penurunan hingga 33 peratus bekalan telur ayam di negeri ini pada bulan Ramadan berikutan terdapat kekurangan bekalan daripada pihak pembekal.

Isu monopoli: KPDN kenal pasti beberapa syarikat - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenal pasti beberapa syarikat di bawahnya yang terlibat berkaitan isu monopoli.

Kerajaan sedia RM100 juta untuk Jualan Rahmah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk program untuk Jualan Rahmah.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

1,839 premis seluruh negara diperiksa sepanjang dua hari Ramadan - KPDN
Daripada jumlah itu hanya tiga premis dikompaun atas kesalahan kecil seperti tidak mempamer tanda harga dan alat penimbang tamat tempoh.

Idea hypermarket sosial mampu bantu golongan B40 tangani kos harga barang
Salahuddin berkata, ia bagaimanapun masih di peringkat konsep, namun akan cuba diusahakan untuk membawa barangan keperluan mampu milik kepada golongan terbabit.

Ramadan, Syawal: KPDN laksana sesi libat urus berterusan pantau bekalan, harga barang
Sesi libat urus berterusan antara kementerian dan agensi akan dilakukan bagi memastikan bekalan barangan basah mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya.

Lori minyak di premis rampasan KPDN Kuching terbakar
Kebakaran juga tidak melibatkan struktur bangunan dan operasi pemadaman tamat pada 1.50 pagi

KPDN Kelantan rampas 9.35 tan minyak masak bersubsidi
KPDN Kelantan menahan empat lelaki dan merampas sejumlah 9.35 tan metrik minyak masak bersubsidi di Kampung Pengkalan Datu, petang semalam.