awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu kilang haram: SPRM serbu pusat khidmat, rumah Phee Boon Poh

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2017
10:18 MYT
Isu kilang haram: SPRM serbu pusat khidmat, rumah Phee Boon Poh
SPRM menggeledah sebuah lagi kediaman pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh di Taman Dahlia. -Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggeledah sebuah lagi kediaman pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh di Taman Dahlia, di sini.
Serbuan itu dipercayai bagi mencari dokumen berkaitan operasi kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti.
Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu dibawa dengan kenderaan SPRM ke pusat khidmatnya di Jalan Ong Yi How, kira kira jam 12 tengah hari.
SPRM mengambil masa kira-kira sejam menggeledah kedua-dua premis sebelum beredar membawa beberapa beg berisi dokumen yang dipercayai dapat membantu siasatan kes tersebut.
Selain itu, menurut sumber SPRM, tiga pegawai Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) turut dipanggil ke ibu pejabat agensi berkenaan di Jalan Sultan Ahmad Shah untuk diambil keterangan.
Pada Sabtu, Boon Poh dan dua beranak lelaki pemilik kilang haram itu ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan kes operasi kilang haram berkenaan.
Penahanan Booh Poh dibuat selepas SPRM menyerbu Pejabat Jabatan Perlesenan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan kilang haram yang memproses serbuk kayu di Sungai Lembu pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#kilang haram
#Majlis Perbandaran Seberang Perai
#Phee Boon Poh
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan