KUALA LUMPUR: Astro AWANI akan memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan berkaitan kontroversi penyampaian berita dalam segmen AWANI 745, mengenai isu kompaun RM50,000 terhadap dua peniaga kecil di Kelantan.

Menurut Ketua Pengarang Astro AWANI Ashwad Ismail, saluran TV berkenaan sentiasa berpendirian bahawa institusi kepolisan negara yang menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat perlu sentiasa dihormati dan dipelihara setiap masa.

"Sebagai saluran berita utama dan hal ehwal semasa, Astro AWANI terus komited bersama memperkukuh jalinan kerjasama yang sedia erat antara masyarakat dan PDRM, melalui pemberitaan yang beretika, seimbang dan berkualiti," menurut kenyataan pada Sabtu itu.

Grafik Astro AWANI