Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman malam ini berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur hasutan dan perkauman.

Beliau yang tiba pada jam 8.05 malam tadi, dilaporkan memberi keterangan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948 berikutan kenyataannya dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Isnin lalu.


BERITA LANJUT MENYUSUL