awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu MB Selangor akan dijawab pada sidang media 2 petang

Astro Awani
Astro Awani
11/08/2014
06:12 MYT
Isu MB Selangor akan dijawab pada sidang media 2 petang
Isu MB Selangor akan dijawab pada sidang media jam 2 petang di SUK Selangor, Shah Alam.
Satu sidang media akan berlangsung di SUK Selangor di Shah Alam pada 2 petang Isnin berkenaan isu Menteri Besar Selangor.
Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu segala keputusan dan tindakan berikutan pertemuannya dengan Sultan Selangor pagi tadi di Istana Alam Shah, Klang akan dijawab dalam sidang media itu.
Dalam satu temubual ringkas dalam kereta ketika meninggalkan istana, Abdul Khalid berkata dia 'sangat berpuas hati' dengan mesyuarat Dewan Diraja Selangor yang diadakan khas bagi menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar setelah PKR memecat keahliannya pada Sabtu.
Abdul khalid yang kini merupakan ahli Dewan Undangan Negeri bebas, hadir di istana kira-kira jam 8.45 pagi sebelum Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat tiba kira-kira 15 minit selepas itu.
Dewan Diraja Selangor yang dianggotai 19 ahli bakal membincangkan kedudukan Abdul Khalid, juga perkara lain melibatkan pentadbiran negeri termasuklah kemungkinan rombakan atau pengguguran barisan Exco kerajaan negeri serta pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor.
Topic Berkaitan
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Tan Sri Khalid Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan