IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mengadakan pertemuan semula dengan tujuh penjaja berlesen di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo), di sini, yang dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan pemindahan peniaga ke lokasi baharu.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, pihaknya akan memanggil semula kesemua tujuh penjaja tersebut dalam masa terdekat, bagi rundingan menyelesaikan kemelut berkenaan.
"Saya tahu ada tujuh penjaja berlesen ini yang tak setuju. Kita akan panggil semula untuk berunding dalam masa terdekat. Selepas sesi rundingan, saya akan maklumkan keputusannya.
"Ia di bawah Bahagian Pelesenan (MBI). Kita akan panggil mereka bersama-sama penjaja ini," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai isu tujuh penjaja berlesen di Padang Polo yang tidak bersetuju dengan cadangan penempatan semula kesemua peniaga ke lokasi baharu.
Ini kerana, mereka mendakwa lokasi baharu yang dicadangkan di kawasan berdekatan disifatkan tidak bersesuaian dan tidak praktikal kepada penjaja mahupun pembeli.
Sementara itu, ketika mengulas lanjut berhubung dakwaan lokasi baharu penjaja tersebut yang tidak strategik, Rumaizi berkata ia hanya andaian pihak tertentu.
"Kalau hendak kata tiada orang (pembeli) akan masuk ke kawasan baharu itu, tidak boleh juga, sebab ada restoran di kawasan sama, maju operasinya. Jadi, itu hanyalah andaian," katanya lagi.
Rumaizi menambah, sehingga kini terdapat 60 penjaja di Padang Polo, tujuh daripadanya berlesen dan selebihnya tidak.
Padang Polo terkenal dengan kawasan rekreasi dan riadah, termasuk kewujudan penjaja di situ yang menarik ramai pengunjung dari dalam dan luar Perak.
Sebelum ini, timbul ketidakpuasan hati penjaja berlesen yang mendakwa keputusan untuk memindahkan mereka tidak relevan dan adil, memandangkan isu kesesakan di kawasan tersebut banyak berpunca daripada penjaja tidak berlesen.
Dakwa mereka lagi, kesesakan kemasukan penjaja menjadi semakin meruncing sejak diberi lesen sementara ketika pandemik COVID-19.
Terdahulu, Rumaizi hadir pada Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang MBI.
Dalam majlis tersebut, 168 warga MBI menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala 40 lagi menerima Anugerah Keterampilan.
Aida Aziz
Fri Mar 03 2023
Enam daripada tujuh peniaga berlesen di Padang Polo yang dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan MBI berhubung pemindahan peniaga ke lokasi baharu. - Foto Astro AWANI
Siti Nurhaliza tak kisah sertai festival muzik, terbuka terima pelawaan penganjur
Menurut Siti, pelibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini.
Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke
Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JLJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang.
Penghormatan: Pemimpin disegani meninggalkan legasi
Pemimpin negara memberikan penghormatan terakhir kepada Yang DiPertua Dewan Negara, Mendiang Datuk Mutang Tagal.
Perhilitan pindah gajah rosak tanaman penduduk di Hulu Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah jantan yang berkeliaran sejak dua minggu lepas di Kampung Pak Sik di Hulu Besut hari ini.
Polis tak terima laporan isu 3R sepanjang kempen
Polis turut berpuas hati dengan kerjasama semua pihak bertanding yang mematuhi ketetapan yang dikeluarkan.
[TERKINI] Reuters tidak laporkan Malaysia sebagai negara pengganas
Laporan berita dikaitkan dengan reuters.
Yang mengatakan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.
Yang mengatakan Malaysia ialah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai penaja negara keganasan adalah palsu.
Pusat hiburan dibaling bom petrol: Dua lagi individu diberkas
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kedua-dua suspek diberkas pada Sabtu.
PRK KKB: Warga emas lumpuh tekad keluar mengundi walau terpaksa diusung
Zul berkata dia tidak mahu melepaskan peluang memilih wakil rakyat yang akan memperjuangkan kebajikan rakyat di kawasan berkenaan.
Indonesia: Wanita temui ajal selepas cabut gigi geraham
Seorang wanita yang mencabut sebatang gigi gerahamnya atas nasihat doktor di Ngawi, Jawa Timur telah meninggal dunia baru-baru ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada laporan 3R diterima sepanjang kempen - Ketua Polis Negara
Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum, sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu berlangsung.
Tindakan tegas terhadap penjaja eksploitasi tapak bazar Ramadan
Penjaja yang didapati menyewakan tapak bazar Ramadan kepada pihak lain akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Konsert Muse buka ruang rezeki penjaja kecil
Golongan penjaja kecil di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil berharap diberi peluang dan ruang untuk mencari rezeki.
Salah guna lesen perniagaan: Penjaja, peniaga mahu PBT kaji punca, laksana tindakan proaktif
PBT diminta mengkaji punca sebenar berlakunya pemberian lesen perniagaan oleh penjaja tempatan kepada warga asing.
Isu Padang Polo: MBI akan berunding dengan 7 penjaja enggan pindah - Datuk Bandar
MBI akan memanggil semula kesemua tujuh penjaja tersebut dalam masa terdekat, bagi rundingan menyelesaikan kemelut berkenaan.
Kerajaan akan terus bantu penjaja dan peniaga kecil - Ewon
Kerajaan memberi komitmen untuk sentiasa membantu golongan penjaja dan peniaga kecil agar terus menjadi antara penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara.
Peniaga, penjaja di KL digesa mohon lesen perniagaan sebelum 31 Dis
DBKL akan melaksanakan program pemutihan lesen perniagaan bermula 1 Januari tahun depan dan tiada sebarang kompromi selepas tempoh itu.
DBKL sita 6,932 barangan penjaja warga asing dari Januari-April
DBKL memaklumkan tindakan itu dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.
Tiga individu direman empat hari bantu siasatan kes tuntutan palsu
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan semalam bersama tiga lagi individu yang telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Kempen #savethehawker bantu penjaja terjejas COVID-19
Ia membantu 40 penjaja yang memerlukan dengan memberi wang tunai sebanyak RM3,000 bagi setiap mereka.
4,000 penjaja dan peniaga kecil di Melaka mula divaksin menerusi MOVAK
Program MOVAK dilaksanakan di dua lokasi di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah selama empat hari bermula hari ini.