Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mengambil tindakan untuk memaafkan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza susulan kenyataannya mengenai "mana-mana pihak yang kuat ‘bergaduh’ patut dihantar ke Palestin."
Dalam satu kapsyen ringkas di Instagram, Armand berkata: "Siti Nurhaliza (sudah) memohon maaf, saya sentiasa terbuka dan memaafkan beliau. Selasai."
BACA: "Cuba Siti Nurhaliza tanya Datuk K bila hendak ke Palestin?" - Armand
Sebelum itu, Siti Nurhaliza meminta Armand untuk tidak terasa dengan kenyataan mana-mana pihak yang kuat ‘bergaduh’ untuk dihantar ke Palestin.
Jelasnya, komen itu diberikan tanpa menyatakan sebarang pihak apatah lagi menamakan Armand sebagai individu di dalam komen berkenaan.
Bagaimanapun, Siti Nurhaliza sudah pun meminta maaf seandainya ada pihak yang terasa di atas komennya pada sebuah gambar di Instagram Yassin Sulaiman.
Gambar tersebut memaparkan kekecohan yang berlaku antara Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada) dan Pemuda UMNO.
Ia dikatakan bermula selepas sekumpulan anggota Armada menghantar jemputan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.
Ia bertukar kecoh apabila mereka dihalang oleh Pemuda UMNO.
BACA: Perbalahan Pemuda UMNO, Pemuda PPBM kebudak-budakan - KPN
Isu ini juga menarik perhatian beberapa pihak, termasuk Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyifatkan Armand sangat defensif dengan teguran Siti Nurhaliza.
Syed Saddiq berkata teguran Siti Nurhaliza tidak kasar dan ia ditujukan kepada kedua-dua belah pihak, bukan sahaja kepada UMNO.
BACA: Siapa Armand hendak pertikai sumbangan Siti dan Datuk K? - Armada
Sementara itu, beberapa pengguna media sosial turut meninggalkan pandangan mereka mengenai isu ini.
Antaranya, pengguna Instagram @haneefisa berpendapat, Siti Nurhaliza sekadar memberi teguran umum dan Armand tidak perlu cepat gelabah.
"Nak jadi pemimpin tak perlu cepat gelabah. Matanglah sikit," tambahnya.
Pengguna @arfaroktak turut senada dengan @haneefisa. Katanya, Armand tidak sepatunya sentap dengan Siti Nurhaliza memandangkan semua orang mempunyai pandangan masing-masing.
Sementara itu, bagi pengguna @mirza167 berpandangan Siti Nurhaliza perlu berani jika ada hasrat menyertai bidang politik.
Mariah Ahmad
Thu Jul 27 2017
Dalam satu kapsyen ringkas di Instagram, Datuk Armand Azha Abu Hanifah (gambar) berkata beliau memilih sikap terbuka dan sudah memaafkan Datuk Siti Nurhaliza. - Foto fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Kerjasama Zahid-Anwar': Ini masa sesuai Presiden UMNO bersih imej - Armand Azha
Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Aziz sebelum ini dakwa Ahmad Zahid membuat perancangan tertentu dengan Anwar Ibrahim.
Zuraida, Tian Chua, Armand antara tujuh dibebas
Mereka ditahan pada 19 November lalu semasa perhimpunan bersih berlangsung di sekitar ibu negara, manakala dua ahli Parlimen lagi ditahan di kediaman mereka.
Tujuh individu direman dua hari bagi bantu siasatan himpunan Bersih 5 dan Baju Merah
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini membenarkan tujuh individu direman dua hari bagi membantu siasatan perhimpunan Bersih 5.
Bersih 5: Armand, Howard Lee ditahan polis
Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah ditahan ketika berhimpun di Padang Merbok di sini hari ini.
Kaji semula kadar tol tidak seimbang - Armand
Kerajaan perlu mengkaji semula setiap perjanjian konsesi-konsesi tol terutama dalam kenaikan kadarnya yang tidak seimbang.
Tiada perbincangan untuk jatuhkan Najib - Exco Pemuda UMNO
Perbincangan hanya melibatkan isu-isu yang bakal disentuh oleh pembangkang dalam kempen pilihan raya kecil di Rompin dan Permatang Pauh.