awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Palestin: Armand terasa ke? 'Maaflah naa' - Siti Nurhaliza

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
27/07/2017
05:15 MYT
Isu Palestin: Armand terasa ke? 'Maaflah naa' - Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berkata komen itu diberikan tanpa menyatakan sebarang pihak selain apatah lagi menamakan Armand sebagai individu di dalam komen berkenaan. - Gambar fail
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah diminta tidak terasa dengan kenyataan mana-mana pihak yang kuat ‘bergaduh’ untuk dihantar ke Palestin.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berkata komen beliau itu diberikan tanpa menyatakan sebarang pihak apatah lagi menamakan Armand sebagai individu di dalam komen berkenaan.
“Saudara Armand terasakah? Saya tidak sebut nama pun,” katanya ringkas dalam balasan catatan Instagram terbaharu Armand.
Komen yang ditinggalkan oleh Datuk Siti Nurhaliza di Instagram Armand
Komen yang ditinggalkan oleh Datuk Siti Nurhaliza di Instagram Armand
Pada pagi Khamis, Armand meminta Siti untuk bertanya kepada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bila hendak ke Gaza Palestin dan membantu rakyat di sana.
BACA: "Cuba Siti Nurhaliza tanya Datuk K bila hendak ke Palestin?" - Armand
Jelasnya, Siti harus tahu, pihaknya sendiri sudah beberapa kali dan sememangnya berani ke Gaza Palestin dalam misi menghulur bantuan.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza meminta maaf seandainya ada pihak yang terasa di atas komennya pada sebuah gambar di Instagram Yassin Sulaiman.
Foto instagram Yasin Sulaiman
Foto instagram Yasin Sulaiman
Gambar tersebut memaparkan kekecohan yang berlaku antara Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada) dan Pemuda UMNO pada 25 Julai lalu.
Ia dikatakan bermula selepas sekumpulan anggota Armada menghantar jemputan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.
Ia bertukar kecoh apabila mereka dikatakan dihalang oleh sekumpulan anggota Pemuda UMNO.
Laporan media melaporkan dalam kejadian itu, Ketua Penerangan Armada Bersatu, Ashraf Mustaqim mendakwa dia turut ditumbuk.
Sementara itu, Armand menerusi satu catatan Twitter turut berkata: " Bila mahu ke Gaza Palestin, bukannya sekadar mengikuti ejen pelancongan ke Tebing Barat, Palestin.
Bila nak ke Gaza Palestin, bukannya sekadar ikut travel agen pi West Bank Palestinhttps://t.co/yoTy4zf0nB
— ArmandExco (@Armand_PJU) July 27, 2017
Pada awal tahun ini, Siti ke Palestin dan turut diberi peluang untuk masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa dan melihat sendiri Mihrab Zakaria.
Baca: Doa Siti dan Datuk K
Topic Berkaitan
#armand azha abu hanifa
#Pemuda UMNO
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan